I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME
When we
will meet again?
Saturday, 28 November 2015
Tak sangka aku termimpi dia tadi. Dari mula mimpi tu, aku mimpi cikgu Rai dulu. Memang aku rindu dengan cikgu Rai, semua budak-2 yang sama taska dengan aku sampailah aku dah tak duduk situ. Lepas tu, tetibe aku dapat mission.
ni dalam mimpi. Mission nak kena hantar semua budak-2 poli pergi kolej diorang. Nak tau tak, siapa aku mimpi? DIA. My..... ehem. Bukan boyfriend pun. Cinta bertepuk sebelah tangan aje. Rindu sangat dekat dia agaknya sampai mimpi lagi.
sebenarnya, mimpi ni bukan je mainan syaitan. Tapi, serius, rase macam real gila! Kawan-2 baik aku semua ade dalam mimpi aku. Ade tuh, aku tengah berbual dengan Dini, apa nak buat, semua tulah. Lepas tuh, dia tunjuk depan aku ni guna mata dia. Isyarat matalah. Aku pun buat dek jelah. Lepas tu, abang kembar dia pergi dekat Dini tanye ape ntah, aku ikut Dini, mana dia pergi. Lepastuh, dia patah balik, suruh aku pusing balik tempat tadi. Fuhh tempat tu memang padat. Kitorang macam bodyguard diorang tau hahah! Kitorang kene buka laluan untuk diorang supaya senang diorang lalu. Sebelum bertolak, tetibe Dini tolak aku. Aku pegang bahu Maslin. Aku cakap lah dekat Dini, weh takyahlah tolak aku! And, dengan terkejutnya aku, aku pandang belakang Dini, diorang berdua pun ikut buat tren!
Aku menangis dalam hati. HAhaha! Lepas tu, memang banyak halangan, tapi aku dengan Maslin sampai dulu. Aku tengok belakang ade dia je. Abang dia takde. Bila aku dengan Mas lari, ade budak lelaki dari tingkat atas jerit, ehhh ade lelaki ni kejar bla bla bla. AKu tak ingat sangat so skip. Haha. Bila dah sampai, aku kene angkat tikar berat pulak! Aku nak alihkan dekat tepi dinding, tapi aku tengok sebelah tu ade dia. Dia pakai tie biru belang-2. Bukan tie pustakawan dah. Serius rindu nak tengok dia pakai baju sekolah dengan baju sukan lagi ^^" Lepas letak, aku pergi dekat diorang. KAwan-2 aku semua tengah berbincang ape ntah, pastuh aku bisik dekat Liyana, "weh..nanti aku rindu dia." Air mata aku macam nak tumpah dah time tuh, Dini tengok aku pastuh senyum.... senyum macam mana tah. Last-2 aku paham maksud dia. DIA ade dekat depan aku dengan Liyana sambil senyum. Kuang aja. Aku mase tuh larikan muka aku sebab air mata aku nak jatuh. Lepas tuh, diorang dah gerak gi poli diorang.
___________________________
Habis mimpi aku!!! Hhaahah boleh buat novel :p
aku dah buat banyak dah pun. cehh berlagak padahal belum diterbitkan. Serius, lepas terjaga, aku terus menangis. Aku tak tau kenapa. Aku rase aku rindukan dia sangat sampai terbawak dalam mimpi. Tapi, dia bukannya kesah pun aku mimpi pasal dia atau suka dia. Mula-2, aku ingat aku minat dia je last-2 tersuka pulak. Mase dia tertidur dekat pss, aku tengok je dia. Tpi, dia cover muka dia guna beg merah dia. So, tak nampak. Bila ade budak masuk, dia macam terjaga sebab pintu tu memang kuat bunyi dia. yelah dah lama kan. Serius, haritu paling aku suka. Sebab aku dapat tengok gerak-geri dia, dia ambil surat khabar, dia baca. Hahah! Aku tak tahulah kalau dia perasan aku dengan Nai usha dia mase tu. Lepas habis rehat dan kitorang sambung balik bertugas, aku bukak pintu pss nak masuk, kalau aku lambat sket, mesti aku dah berlanggar dengan dia tapi, tak. Tapi, hampir. Dia tinggi lah jugak. lol. lelaki mestilah tinggi.
Mase hari jadi Dini memang takleh blah, aku berdiri dekat tepi dinding dekat dengan tandas lelaki (takdelah dekat sangat) sambil sedut slurpee. Time dia keluar tu, memang aku tak sangka, dia lalu depan aku dan rasa macam dekat sangat!!!! Bagai nak gila weh jantung aku berdegup lepas dia lalu. Aku kaku kejap. Hahaha! Serius kalau ade orang perasan reaksi aku macam tu, mesti dia gelak! Selama ni memang lah ade ramai lelaki lalu dekat dengan aku, tapi bila dia lalu je, tetibe jantung aku berdegup laju. Macam tren yang tak sabar-2 nak sampai ke tempat perhentian. SAMBUNG CITE DEKAT PSS , lepas dia keluar. Aku cadangkan dekat kawan-2 aku, duk luar jugak. Bila duk luar, dia dengan abg dia ade dkat psg. Aku mase tu, ade taruh hati dekat abang dia. sikit. Aku perasan time aku usha abang dia, aku tengok dia jalan kebelakang lepas tuh pusing balik dekat abang dia. Gaya dia macam nak tengok kitorang. Lol. AKu tak pakai spek, tak nampak lah T^T
Bila aku teringat scene tu, aku suka time hari jumaat sebelum cuti hari raya aidilfitri 2014. Aku dengan Mas nak gi kelas. Kelas kitorang kene lalu dua lorong. Dia ade dekat lorong pertama dengan kawan dia yang tinggi lampai tu. Aku nak Mas jalan dulu tapi, tengok dia makin kebelakang, aku lalu jelah. Memang ramai lelaki dekat-2 situ, so aku berlagak tenang jelah. Bila lalu depan dia, kaki aku rasa macam nak lari. Tapi, aku jalan macam biasa jelah, kalau terjatuh buat malu je. haha. Sebelum aku lalu depan dia, dia kedepan tau. Lepas tu, bila aku macam makin dekat dengan dia, dia undur kebelakang laju gila lepas tu dia pegang lengan kawan dia, and macam nak menyorok belakang kawan dia pun ade jugak. Aku dengar kawan dia cakap, kenapa kau ni? Lepas aku dengan Mas melepasi lorong tu, tetibe mercun bergema! Serius nak tercabut jantung aku time tu! Mas peluk aku sampai aku nak jatuh. Aku rasa dia tengok kitorang mase tuh!! MALU GILA!!
Lepas masuk kelas, jiran sebelah (kelas sebelah) ziarah kelas kitorang, lagipun, tak ramai datang mase ni. So, kawan aku Nazatul ade pegang novel Rindu Awak 200%, Aku pun bace lah jugak sinopsis dia. Memang khusyuk gila aku cakap. Tetibe, Mas tepuk bahu aku. Pastuh dia suruh aku tengok arah yang dia tunjuk. Terkejut beruk aku weh!! DIA! DIA! Dia pandang ke arah kelas kitorang!! Aku mase tu terbesarkan mata aku kot. Aku pandang dia tak sampai seminit, dia blah. Aku rasa kitorang bertentang mata tapi aku tak nampak so nak buat macam mana.
Serius, aku akan ingat semua peristiwa yang berlaku antara aku dengan dia sampai bila. Peristiwa aku dengan wasya pun masih segar dalam ingatan aku apatah lagi peristiwa dengan dia. Memang.....erm!
WOAHH!! Panjang gile aku merepek! HAHAHA!! Bukannya ade sesapa bace lol. Kalau sesiapa bace, silalah ke blog REAL aku ->
SINI
Labels: luahan hati, suka
Sunday, 23 August 2015
Sebenarnya, gambar ni aku ambil time dia amik SPM. Kalau korang perasan, dia pakai beg merah dekat pondok tu. Cari lah sendiri. Lepas aku nampak dia duduk dekat pondok tu, aku asyik nak tengok je dia tapi kitaorang ade keje dekat SPBT. So, time tu aku keluar masuk keluar masuk semata-mata nak tengok dia. Tapi, bila aku tengah tengok dia tetibe dia pandang ke arah aku. Lama. Aku time tu kecikkan mata sebab tak nampak sangat dia pandang mana sebenarnya. Bila fikir balik, asal lama gile dia tengok arah sini. So, aku pon masuk la kat dalam SPBT balik. Malu kot! Entah-2 dia perasan aku tengok dia. Tapi, dia nampak ke? Aku pon tak nampak biji mata dia pandang mana. Apatah lagi dia. TBH, aku ceritakan balik kisah ni sebab aku rindukan dia. ceh. Macamlah dia nak rindu kau :|
Aku bukan ape, bila aku dengar lagu kpop yang sedih-2 ni (lagi-2 just one day) mesti ingat dekat dia. Aku rindu sangat ke dekat dia? :|
Gambar ni pulak semalam punye. Kebetulan kitaorang kene selfie dekat bilik lupus, aku ternampak dia berjalan dekat tepi pondok tengah senyum dengan kawan dia. Kalau korang tengok gmbar ni betul-2 , dapatlah korang tengok belakang dia. Lol.
Aku tersenyum plus excited bile nampak dia wehhh. Gile berdebar. Aku rase time tu aku ingat nak terjun je lepas tu tegur dia. Tapi, ade kawan dia dengan abg dia (makwe dia pon ade). So, aku tak berani. Kalau dia sorang-2 pon, aku tak berani jugak nak tegur sebab ......... hehe.
Labels: DIA, luahan hati, sad, sedih
Friday, 21 August 2015
Hah! Memang betul sangkaan aku! Aku ni... nasib baik tak terlajak suka dia :| sebab dia memang gatal! Yew~ Hahah lol. Bila aku tau dia dah kapel, terus aku stop pandang dia lama-2. Mesti dia igt aku suka dia. Yew... tolonglah. Aku dah 'ada' ok?! Jhope oppa la~ hehe...
Okay! Sebenarnya aku tau pon sebab aku terdengar kawan si S ni cakap-2 psal dia mase dia takde dlm kelas. Kawan si S ni kan, tak boleh cakap kuat lagi ke? Memang nak bagi aku dengarkan. Bagus sgtlah tu. Majoriti dalam kelas aku kebanyakannya dah kapel. Aku jealous? Tolonglah!!! Tak nak aku! Menderita siot kalau kau punye bf curang erghh! Aku yang dok tengok ni dah mula rasa tak nak ade bf ni. Buat ape der?? Ape function bf ni sebenarnya?? Tak paham aku. Kalau dah kahwin, lain citer lah. Ramai yang mintak nak kapel dgn aku tapi, no way!!!! Hati aku setia. Pada 'DIA'. Hahhaa. DIA dengan Jhope je. /aku rase semua BTS oppa aku anggap macam oppa aku hahaha mian. gurau di tengah malam/ Syok malam-2 melayan perasaan mase tahun lepas. Aku dah tak nampak dia macam selalu. Dulu best je gi sekolah. Sebab tu nak je pergi sekolah setiap hari :p
Time dia, adik dia dengan abg kembar dia masuk pagar sekolah, aku tengok je la diorang bertiga tu. Yela , tak pernah nampak pon sebelum ni jalan bertiga masuk sekolah. Aku tengok yang abang lepas tu tetibe dia tengok ke arah aku /mungkin. aku xnampak sgt time tu. aku tak pakai spek lagi/ . And then, DIA pulak tengok aku. Aku time tu memang luar nampak tenang tapi dalam gabra gile. Rasa macam nak lari. Kebetulan gila dia tengok ke arah aku. Adik dia yang pompuan tu taklah.
Time diorang ade latihan silat, kekdang dia tak datang :(
Abg dia selalu jugak gi sebab makwe dia kan ade..... hmm....
Labels: DIA, luahan hati, sedih
Sunday, 2 August 2015
Hello. Aku nak tulis sesuatu yang patut aku luahkan sekarang. Aku bukan nak perasan ke apa, tapi ade sorang budak kelas aku ni lelaki aku bg gelaran S la. Okay. Macam ni. Sejak dia masuk kelas aku, macam2 jadi pada aku. Maksud aku cara dia pandang aku. Bende ni dah start sejak bulan 5 ke 4 tah.
Dia ni mmg suke dok usha grup kitaorang. Yela sekarang kn tempat duduk dah bergabung. Back to the topic, sebenarnya dah ramai cakap dia ni mmg suke usha2 orang. Tapi, entahlah. Aku rasa something fishy about him.
Hari jumaat lepas (31/7/15), grup dia dgn grup budak pompuan lain kene berdebat time BM. Ni diorang sendiri yang nak fight eh. Bukan cikgu yang tentukan.
Lepas tu , aku tgklah grup budak lelaki(grup S) tu. Aku ternampak dia dengan si F ni macam cakap2 something. Baru aku perasan yg si S ni nak tukar tempat duduk dengan F. Tempat duduk F tu mmg bole nampak aku and the geng. Aku usha jelah. S dgn F ni main kain batu gunting pulak.
Last2 si S tu dpt duduk dekat tmpat F. Dia dgn aku dh byk kali bertembung mata. Tapi feel tu xdelah
Aku setia ok. Aku cuma pelik. Janganlah apa yg aku sangkakan terjadi. Tak nak! Aku jujur yg dia tu hensem tp aku still tak nak sbb nanti aku jugak yg susah. Ok. Klau tgk dari segi perangai, takdelah teruk pun. Ah!! Tak kisahlah! Janji winpeach tetap dalam hati ni. Ceh!
Ok. Tu je luahan utk hari sabtu yg sejuk ni. Lol. ✋✋
Labels: luahan hati
Wednesday, 18 February 2015
Yo. Huhh........ sebenarnya, macam-2 berlaku sejak dah bukak sekolah ni. Oh and yeahh!! Alhamdulillah aku dpt masuk kelas Akaun!! Tu pun kelas yg xde addmath. Aku mmg tak nak belajar addmath sebab nnti aku takleh fokus dkat benda lain. Aku ni susah sket kalau bab-2 math ni. Pening kepala bila nak buat kiraan semua tuh. Bab 3; Set ni... senang jugakla mula-2. Belum lagi bab 4, bab 5 semua.
So, aku agak berpuas hati /cukup berpuas hati/ dpt masuk kelas tu. Budak-2 dlm kelas tu pun, okla jugak walaupun selalu bising mcm dalam zoo negara. Aku pun tgh tunggu bila nak dpt majalah sekolah ni ^0^ Ade mcm-2 gmbar. Harap-2 gmbar yg kitaorang pergi Pusat Sains Negara tu ade lah >-<
Ok . Sampai sini je. Nnti aku cerita lg.
Labels: luahan hati
Saturday, 26 July 2014
Assalamualaikum ..... HAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Let me express all the sadness in my heart !!!!! YAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
/Zie guna 'aku' /
Aku tetibe rasa sedih gile harini. Tadi kena marah. Walaupun bukan salah aku. Aku tak tau pon ade orang nak amik baju. Aku pun baru mandi masa tuh. Why me ?? Why me ??
Aku rasa kecewa jugak. Bile aku fikir balik, mesti wp suka M. Aku takleh tahan perasaan aku TT_TT aku nak nangis kat mana ??? Ha ? Kat mana ? Aku nak padang yang luas dan aku boleh jerit sekuat-kuat hati aku !!!!!!!!!!!!! /sob sob/
Aku tek boleh nangis ?!!! Aku nak menangis tp aku tak rela lepaskan air mata ni !! Kejap lagi nk balik kampung. Aku rasa hati aku takde MOOD nak raya. Makin lama tak best. Aku tak tahu kenapa.... mungkin sbb aku takde kawan and aku kesunyian kat sana. Apa yang aku boleh buat just dengar lagu and ULANGKAJI !!!! Itu je. Memasak semua tuh mesti lah aku kena buat klau tak kena bebel.
Aku nak menangis sepuas hati aku dkat dalam kereta nanti. Macam dulu-2, aku kn pkai tudung sarung. Aku tarik tudung sarung ke bawah lpas tuh aku nangis. Time tuh jugak hujan lebat. Nampaknya ada orang sedih jugak sama dgn aku. Aku terus-2an nangis sampai hujan dh nak berhenti. Mama dngn abah tak perasan langsung lg-2 adik aku yg tido kat sebelah aku.
Aku harap ........... aku dpt jumpe orang yg sanggup menadah telinganya mendengar semua kisah aku. Semua ........ aku harap 'dia' :'(((
Labels: luahan hati, sedih
Wednesday, 11 June 2014
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo ! Zie cuma takde la gembira sgt walaupun esok abg kembar punye birthday. Kalau nak wish dekat timeline Fb diorang , ... malu la plak ! Tapi , Zie cuma friend dengan abg je . /ok la tu? sebab ko suka dia/ ... dah kurang kot perasaan Zie pada dia. Tak tau la kenapa. Tapi , tengok la time dah start skola. Konfem datang balik perasaan tuh. Sejak sehari yang lepas , Zie asyik taip nama yang adik je kat kotak search FB . Ntah la ... Takkan la Zie suka kat adik kot ?! WT???? Tak setia betul la hati Zie ni ~ Tapi , memang sepatutnya Zie suka yang adik. Sebenarnya diorang ni sama je. Diorang lebih kurang Zie jugak. Zie tengok dia pendiam , tapi peramah la jugak sampai friend dengan budak petang. Zie pun berkawan jugak dengan budak petang . Macam Artikah dgn adik sendiri. /adik takyah kira la/ . haha. lantak laa ! Walaupun tak dapat wish dekat timeline diorang .... Zie wish dekat sini je !!
HAPPY BIRTHDAY TWIN BROTHER !!!
WINPEACH !!!!!!
/ sakit tekak jerit kuat-2/
Dear abg kembar , saya nak abg kembar tau yang saya ada perasaan dekat abg kembar. /taktau nak panggil ape ni/ hah ~ Saya tau abg kembar dah berpunya tp saya cuma nak luahkan aje. Takde niat apa-2 pun. Semoga berbahagia dengan awek tu. Jaga dia elok-2 /jiwang perghh/ dia baik , lawa .. Tak macam saya . Biasa-2 je. /kerek nye/ tu je nak taip ... byeee ~
Labels: luahan hati, suka
Tuesday, 3 June 2014
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo . Zie amat bersyukur sebab kuku Zie ni dah tercabut ! Nampak mengerikan slepas dicabut tapi alhamdulillah . Tak sakit sgt. Sebelum dicabut , Zie tgh dgr lagu guna headphone , and Zie pegang la wayar headphone tu tetibe jari Zie yang lain ni berlanggar dengan kuku yang dah nak tercabut ni. Mula-2 Zie kaku kejap. Apa yang berlaku tadi. Lepas tu , Zie try buat demo balik ... hm ! Dah sah ! Memang kuku tu nak tercabut ! Tapi , Zie rendam dulu dgn air suam. Zie siap try tarik-2 lagi kuku tu. Zie tekan-2 kuku tuh .... Time tuh tgh tengok cite lawak ... tgh gelak-2 tu Zie try tarik perlahan-2 .... dannnn ..... akhirnya , dia tercabut ! Atau DICABUT ! hoho. Zie bersyukur sangat sbb selama ni Zie asyik fikir je bile kuku den ni nak tercabut ... Terima kasih , ya Allah ! Harap-2 lepas dah tercabut ni , jari ni tak terkena jangkitan kuman ... aminn !!
Labels: luahan hati
Thursday, 29 May 2014
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo ! Zie nak cerita ni . Rasa rugi + menyesal + sedih !!! Sebab tak datang Selasa lepas. Yang bertarikh 27 / 5 / 2014 . Tadi , Zie chat dengan Nazatul . Kawan sekelas Zie. Dia chat-2 dengan Zie yang dia dtg hari Selasa tuh & dia bagitahu diaorang main RunningMan. Jeles lah jugak ... dia cakap diorang duk kat dewan jeeee .... bestla ! Zie ingat belajar tau ! Aish ! Dan lagi satu .... dia cite yang abg WinPeach ade kat dalam dewan !

Mana tak jeles nyaaa !! Depan-2 plak tu . Terselit rasa jeles laa . Asal la Zie tak pergi je sekola ?! Hmmm ... sebenarnya , sbb Zie tak datang sekola ..... sbb abg kembar laa !! /hilang panggilan WinPeach/ Zie try hard nak lupakan diorang . Tapi , semakin lama cuba ... semakin tak boleh ! Kalau sukakan wasya dulu , boleh je lupakan dia...... mungkin sebab aura diorang tu . Dan , sejak kebelakangan ni , Zie selalu terserempak dgn diorang ! Mungkin jugak sebab dia sekolah pagi sama dgn Zie . Ahhh ~ abg Winpeach ni terlalu menarik orangnya .... yelah .. kembar ... hensem plak tu ! hehe. Yang paling Zie suka tgk , yang adik . Tapi, yang abg Zie suka . Zie suka tgk yang adik sebab dia nampak bergaya dengan beg merah dia ! haha. Tak leh blah je ayat. Tu je yang Zie nak kata . Byeb!!
Labels: luahan hati
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo . Zie nak cerita sket. Satu perkara ni .... macam telah meragut senyuman Zie. Dia meragut sedikit demi sedikit. Nak tau ape perkara tu ? Zie tak nak kata kat sini. Zie cuma nak luahkan je. Mama Zie ..... harap apa yang Zie dengar tak betul. Penyakit yang paling tak ingin dihidapi oleh semua orang ... Zie rasa macam nak menangis tapi, Zie tetap tahan air mata ni. Rasa sedih sangat. Lepas abah sakit , mama plak kena. Syukur Alhamdulillah abah Zie tak de apa-2 tp mama Zie ...... /i felt like i want to cry right now/ .... Dengan lagu sedih melekat kat telinga ni. hahh ~ Mungkin dugaan yang Allah beri pada Zie sekeluarga . Zie harus tabah hadapi dugaan ni dan Zie harus terima dengan hati yang terbuka. Tapi, nanti mama Zie nak gi check lagi. Zie rasa nak peluk mama Zie kuat-2 tp Zie ni bukan anak yang macam tuh. Teruk betul kan? hah..... Banyak lagi yang Zie nak luahkan tp kat sini un-privated blog so .... Zie just luahkan kat dlm diary Zie je :')
Zie harap dan berdoa agar mama Zie sembuh dari penyakit tut tut . aaa ~ bye ...
Labels: luahan hati, sedih
Saturday, 24 May 2014
Assalamualaikum and Annyeonghaseyo.... Zie nak katakan disini yang Zie dah suka dengan seorang abang form5 dan dia mempunyai kembar ! Haih~ Malangnya, dia dah kapel. Kenapalah aku mesti suke dengan orang yang dah kapel ni? Zie pun pelik tau tak. Penuh diary Zie .. asyik cite pasal dia je. Makwe dia muda setahun dari Zie. Tp, lawa. Comel. Cite pasal kembar ni, diorang sama bulan, tarikh harijadi pun dekat-2 dengan Zie. Perangai pun lebih kurang sama macam Zie jugak cuma bezanya jantina. Diorang pun pustakawan macam Zie jugak. Kenapa lah? Dah elok-2 suka adik dia yang single , pergi suke dekat abg dia yang dah kapel tu?! Hati aku ni .... pelik?!!!! And, Zie ade perasan *perasan laa* yang adik asyik usha Zie dgn geng-2 Zie. Pelik? Zie ade buat research pasal 'orang suka kita dalam diam' . Memang ade ciri-2 pada yang adik time usha kitaorang. Tapi, Zie tetap nafikan kalau dia suka Zie. Sebab .... Zie ade hati dgn abang dia bukan dia. Lagi satu, kembar ni ... klau yang sorang tu suka yang tu , mesti sorang lagi suka yang tu jugak kan? ahhhh!! Nak buat research lagi laaa .... daa !! Bye !
Labels: luahan hati
Friday, 29 November 2013
Assalamualaikum & Annyeonghaseyo
Zie kembali lagi :) Kali ni cerita pasal dia . WaSya . Zie rasa agak terkilan jugak sebab dia nak pindah . Zie pun dah memang boleh rasa yang dia akan pindah . Memang Zie nak dia pindah pun . Memang masin betul mulut Zie ni . Sejujurnya , Zie nak dia still kat SMK Tmn Kosas . Baru nak jadikan dia kawan . Memang dah lama sangat nak berkawan dengan dia . Zie bukan kawan dengan dia sebab dia popular , kaya , handsome atau apa-2 je lah . Zie ikhlas berkawan dengan dia . Zie memang teringin sangat . Hahh ~ Harap sangat-2 dia tak pindah . Mesti pindah kampung halaman dia kan ? Lepas ni , Zie boleh hidup tenang tanpa gangguan bayangan dia lagi . Lagipun , ini yang memang Zie nak . Hidup tenang , takde orang perhati . Nak jadi macam baby . Takde siapa marah , boleh minum dengan tenang , tidur lena tak payah fikir pasal homework atau apa-2 . Ok ... Zie nak chow :) Lain kali , Zie post lagi . Bye bloggies .
Labels: DIA, luahan hati
Assalamualaikum & Annyeong :)
Zie ni baru balik dari padang kat kawasan perumahan rumah ckgu Rai . Zie , Artikah , dgn adik dia 2 orang nih . Time tuh , kitaorang semua main buai . Adik saya plak dia g main bola . Bila dengan kawan-2 dia , mula lah berubah perangai dia . Macam samseng . Ingat samseng sangat lah tuh . Kat rumah nangis cm baby adalah -..-
Zie nak cerita nih . Time Zie tengah buaikan adik Artikah , Alya , Zie perhatikan bola adik Zie ke mana . Lepas tuh tercampak la kat hujung padang tuh . Zie tengok je lah . Lepas tuh ada abang tuh tolong sepakkan kat kawan adik Zie ni . Dia sepak tuh boleh dengar tau ? Zie memang dapat ramalkan bola tuh landing kat mana . Mesti kena Zie punya lah . Nasib kena kat kaki kanan je . Tak sakit plak sebab lembik bola tuh.
Bila balik je , Zie ceritakan kat mak Zie kisah pasal tuh . Lepas tuh , mama Zie ni tak sekepala dengan Zie . Macam marah je lpas Zie bagitau pasal tuh . Ingat Zie suka abang tuh . *Macam sebaya Zie kot ?* Lepas tuh , Zie fikir-2 balik , mama tak pernah kata cmtu kat adik Zie . Mama mesti satu kepala dengan adik . Nampak nya , Zie memang tak serasi sangat dengan mama Zie sebab macam orang cakap , 'Muka nak dekat sama , selalu bergaduh' . huh ~ Zie asyik terkilan je bila mama cakap macam tuh . Kakak pun nak rasa kasih sayang mama jugak ! Tahun ni , banyak kali mama sebelah kan alip (adik Zie) je walaupun salah dia . Kekdang , Zie rasa tak larat dan rasa nak jauh dari sini . Semua orang taktau rasa macam mana . Anak sulung memang boleh paham . Rasa jantung Zie ni nak terbelah guna pedang ninja tuh . Sakit sangat :')
Tapi , Zie rela . Kalau Zie dah bebas dari sekolah , Zie nak duduk Korea atau mana-2 je , nak release tension . Hmm ..... siapalah sudi baca post ni kan ? Kisah yang buat orang akan rasa tak peduli pun .
Annyeonghigyeseyo ..
Labels: luahan hati
Tuesday, 12 November 2013
huhhhh ~ tadi masa smpai rumah ckgu rai , Zie dah agak dah , mama mesti marah punya laa ! Kereta mama takde pon dekat dpn pagar rumah ckgu rai . Baru nak langkah masuk rumah ckgu je .. , telefon bunyi . Bila tekupkan fon kat telinga je ... "Borak dengan kawan !!! Mama dah balik !! Dah smpai rumah dahh ! Balik jalan kaki sendiri !!!!"
Terkejut jugak laa Zie bila kena tengking cmtuh . Tibe-2 ,ade mutiara basah mengalir kat pipi Zie . Tapi , sekejap jee . Sebab Zie kuatkan semangat . Berapa kilometer je laa .. 0.1 km . Dekat ke ?? hm..
Zie tabah kan hati ... lepas tuh jalan laa . Sebelum jalan tuhh , pakai spek mata dulu . Dah nak malam mesti laa taknampak kan ? Zie pun macam dgr bekas spek mata Zie terjatuh kat kawasan rumah ckgu rai . Zie pun buat tak endah . Lari selaju mungkin ! Zie dah tak kisah psal sekeliling ! Tunjuk kehebatan berlari japp ! Walhal , dalam hati sedih gilaa .:'(
Bile dah sampai ... terus masuk bilik dgn nafas tercunga-cungap . Zie pun tak pasti Zie ni ade lelah / asma . Zie takut je laa sbb Zie suka lari-2 cm kanak-2 ribena !! *dah tua dah aku nii *
Bila check beg skola je ... tgk-2 bekas spek mata hilang ! Mungkin terjatuh dekat kawasan rumah ckgu rai . hmm .... abis laa aku . Dalam bekas spek mata tuh ade , tag PUSTAKAWAN . Nasiblaa kat tag tuh ade gmbar skolaa . Nama Zie pun ade .. huhhhhh ~ harap laa ade sesapa jumpa . Kat Masjid Taman Kosas plakkk tuhh ! Confirm hilang punya laa ! Kan rmai yang gi situ .. harap laaa ade orang jumpe dan pulangkan balik :/ Dah risau gilaa nihh ! Langsung taknak bgitau mama & abah sbb takut kena marah . Well .... mungkin balasan kot . Zie redha je laa . Dah berlalu pun ~ Nasib hilang kat situ-2 jee .. bukan dkat Johor kee Singapore ke .. huhhh ~ tu je laa Zie nak cerita . Annyeonghigyeseyo , minna !
Labels: luahan hati
Sunday, 3 November 2013
28/10/2013 [Isnin] & 29/10/2013 [Selasa]
28 Okt 2013
Hari yang boleh dikategorikan sebagai HAPPY ? Time hari isnin , kitaorang [Naomei , Dee , Yana dan saya] duduk kat dewan tak buat ape-2 . Hari tu kitaorang kena pulangkan buku teks form 2 . Mase saya sorang je yang berdiri menghadap diorang [diorang tengah duduk , saya berdiri kat depan diorang] then , Naomei ade bagitau saya ,"Zakiah , aku rase aku nampak waSya la. Dia tengah lalu kat lorong [belakang dewan]." Saya tengok la dekat tepi tingkap tuh .. 'takde pon.' .
Lepas saya cakap tuh , saya tengok pintu kat tepi pentas dalam dewan tuh . Ade 3 orang senior masuk . Saya tengok je laa abang yang pkai baju biru [baju tshirt rugby kot] tuh .. saya tengok abang tu jee takde reaksi .. saya tengok sampai laa dia lalu sebelah saya . 'erk ?! waSya laa ! Asal aku tenung dia macam tu sekali ?!!' Malu sangat , saya terus duduk sebelah Yana . Nak tau kedudukan kitaorang ?
kerusi kosong | kerusi kosong | Naomei | Dee | Yana | saya
-----------------------------------------------------------------
Meja
Macam tula kedudukan kitaorang . Yana tanya la abang-2 tuh termasuk la waSya .
"Bang ! Bang nak amik kerusi ke ?" Yana jerit la lagi lepas tuh .. waSya tetibe datang dengan bawak kerusi . Kitaorang ingat dia nak pukul kitaorang . Rupa-2nya duduk depan kitaorang . Mase tuh takyah cakap laa . .. saya tak gelabah langsung . *dulu yela sebab saya suka dia* Yana cakap-2 la ngan waSya . waSya just senyum je . Saya tengok sekilas kat waSya . Dia senyum .. 'cute jugak dia ni bile senyum ... dah lame aku taktengok dia senyum cmtu' . Yana suruh waSya main piano . Piano tu kat tepi , belakang saya . Dia stretching jap sambil pandang kitaorang . Saya & Yana just gelak . Naomei ngan Dee taktau laa . Macam xde reaksi diorang ni . Lagi-2 Dee .
Kitaorang dengar je la dia main lagu ape . Selamat hari raya . hahahaha .!! Saya & Yana ni selambek je ketawakan dia ! Lawak jugak laa . Saya pon taktau camne saya boleh gelak cmtu sekali . Selama ni cover cun aje depan dia . Tapi , hari tu memang tak .
29 Okt 2013
Mase tu hanya kitaorang bertiga . Lokasi nya kat kedai buku . hhooh . [Dee , Yana dengan saya je] . Mase ni ... form 4 ngan 5 tengah rehat . Lagipun , form 3 bebas kot .
Yana tengah belek-2 fon saya nak tunjuk kat akak dayah [akak kedai buku] , yang gambar profile pic dia yang mane . Gambar tersebut memang ade dalam fon saya . Jadi , bila dia dah belek-2 tuh , dia terus tunjuk kat akak dayah gambar tuh . Saya pun cuba nyelitkan diri nak tengok gambar tuh . Tangan kanan saya pulak macam nak capai fon saya tuh . Tetibe , memang mengejut laa , ade orang jerit "WOII !" kat tepi telinga kiri saya . Saya pandang baju dia dulu , 'nametag biru ,... baju biru ..' terus tengok muka ..
'waSya ??!'
Saya tengok tepat kat mata dia . Dia pun tengok saya sampai laa dia keluar dari kedai buku tu . Mase dia dah nak keluar tuh .. dia tengok saya macam nak makan saya je . Seram laa . Lepas tuh , saya terus pegang lengan Yana . "Liyana ... " Yana tengok saya lepas tuh tengok kat luar kedai buku . Terus mata dia bulat macam ni ---> 0_0
Dia tengok saya dengan waSya bergilir-gilir . Saya terus tekup telinga kiri saya . Saya pun tengok kat luar . Dia dah nak beransur pergi ... tapi , yang peliknya kenapa dia buat mcm tuh ?
SAYA TAK TAUU !! SAYA NAK TAU JAWAPAN ITU 0_0
Labels: DIA, luahan hati
Sunday, 6 October 2013
Hi again .... today ... yesterday ... i always remembered him. It's so hurt and yet so hard to forget him. Since i'm in grade 5 , i started liked him for no reason ? hmm ... he is the guy that so my type. And i know that he already had a girlfriend that he loves . but , i know he knows me .. he such a cruel person i've known

He pretend that he doesn't know me .
AT ALL . It so hurt that he pretend that not knowing me .... how cruel he is . I likes or love him ? I don't know . I feel like want to cry right now ... how sad ... CRUSH ... if you want to know ... i'm willing to love and likes anybody accept
YOU
.... I still keep some letters that i writed about you ... , i memorize your birthday date .. your full name .. your siblings .. it's so wasting my time to memorized all that thing about you . I want to throw away from me .. but i can't.
YOU KNOW ?

I always thought that you like me ... but i'm fool ... and now , i know all of that . each question, there is the answer .. i'm already get that answers .. maybe next year i will get the answer ? No one know ...
".... If you at in front of me now .. i will expressed it all !!"
Labels: DIA, luahan hati
Sunday, 9 June 2013
It's really hard when we tried to forget someone we love . Macam mana pun Zie pergi , ia tetap akan datang . Macam mana pun Zie lari , ia tetap kejar . Itu la cinta pandang pertama . Zie terrrrrr - jatuh cinta dengan sorang mamat nih . Dari darjah 5 lah . 3 tahun dan Zie still ingat dia lagi . Lagipun , Zie kan cinta bertepuk sebelah tangan je kan ? Buat apa Zie nak suka dia lama-2 ? Tu la . Zie dah cuba nak lupekan dia , tapi , so hard . Benarlah ... memang tak boleh lupa . Tapi , kalau Zie cuba sekali lagi , tak salah kan ? But , I try my best ! MSA , kalau lah awak dengar apa yang saya nak cakap nih ....
"Awak , awak nak tahu tak ? Saya teringin nak ajak berkawan dengan awak . Tapi , saya tak mampu . Sebab nya ... saya ni pemalu sangat . Saya pernah bagi awak 2 surat masa sekolah rendah dulu . Awak ingat tak ? Saya harap ... awak tak buang surat tu . Saya tahu , ianya sangat memalukan kalau awak simpan surat tu . Ianya mesti tak berharga bagi awak kan ? Jadi , kalau awak nak buang kannya pun tak apa asalkan jangan buang lukisan yang terstapler dekat surat tu . Tu lukisan kawan saya , Naimi . Dia bersungguh-sungguh lukis lukisan tu . Ianya nampak serupa dengan awak . Saya rindu kan kenangan dulu . Saya dengan kawan-2 saya asyik stalk awak je kan ? Mesti awak rasa rimas . Maafkan saya . Saya memang teringin nak berkawan dengan awak sejak saya terpandang awak tengah berjalan ke kantin dengan kawan awak . Dan , saya pun tak sangka , selain ingin berkawan dengan awak , saya teringin nak jadi lebih dari kawan . Saya tahu , kita bagai langit dengan bumi .
First time saya tengok awak senyum pada saya dari bawah , saya terasa degupan jantung saya laju . Macam kipas bile kita on sampai maksimum . Macam tu lah saya rasa time tu . Saya memang berharap kita memulakan hubungan kita dengan berkawan :) . Tapi , saya memang still tak percaya . Awak clash dengan kak I**** ke ? Dia sesuai dengan awak . Jangan putus hubungan dengannya . Saya rasa dia sesuai dengan awak . Walaupun saya ingin menangis bila kawan saya kata yang awak asyik berkepit dengan awek awak , saya terasa tapi , saya tetap tersenyum walaupun pahit untuk diterima . Saya harap awak ... sudi berkawan dengan saya . Dan , awak juga ialah orang pertama yang berjaya curi hati saya ..."
Panjang kan ? Zie pun tak percaya panjang sangat apa yang Zie nak katakan pada DIA . Harap tak la dia baca !! Memang malu gilaaaa XD .
Zie tak nak lebar-2 kan cerita nih . Annyeonghigyeseyo !
Labels: DIA, luahan hati, suka