I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Sunday, 23 August 2015






Sebenarnya, gambar ni aku ambil time dia amik SPM. Kalau korang perasan, dia pakai beg merah dekat pondok tu. Cari lah sendiri. Lepas aku nampak dia duduk dekat pondok tu, aku asyik nak tengok je dia tapi kitaorang ade keje dekat SPBT. So, time tu aku keluar masuk keluar masuk semata-mata nak tengok dia. Tapi, bila aku tengah tengok dia tetibe dia pandang ke arah aku. Lama. Aku time tu kecikkan mata sebab tak nampak sangat dia pandang mana sebenarnya. Bila fikir balik, asal lama gile dia tengok arah sini. So, aku pon masuk la kat dalam SPBT balik. Malu kot! Entah-2 dia perasan aku tengok dia. Tapi, dia nampak ke? Aku pon tak nampak biji mata dia pandang mana. Apatah lagi dia. TBH, aku ceritakan balik kisah ni sebab aku rindukan dia. ceh. Macamlah  dia nak rindu kau :|

Aku bukan ape, bila aku dengar lagu kpop yang sedih-2 ni (lagi-2 just one day) mesti ingat dekat dia. Aku rindu sangat ke dekat dia? :|




Gambar ni pulak semalam punye. Kebetulan kitaorang kene selfie dekat bilik lupus, aku ternampak dia berjalan dekat tepi pondok tengah senyum dengan kawan dia. Kalau korang tengok gmbar ni betul-2 , dapatlah korang tengok belakang dia. Lol.

Aku tersenyum plus excited bile nampak dia wehhh. Gile berdebar. Aku rase time tu aku ingat nak terjun je lepas tu tegur dia. Tapi, ade kawan dia dengan abg dia (makwe dia pon ade). So, aku tak berani. Kalau dia sorang-2 pon, aku tak berani jugak nak tegur sebab ......... hehe.


Labels: , , ,


Friday, 21 August 2015



Hah! Memang betul sangkaan aku! Aku ni... nasib baik tak terlajak suka dia :| sebab dia memang gatal! Yew~ Hahah lol. Bila aku tau dia dah kapel, terus aku stop pandang dia lama-2. Mesti dia igt aku suka dia. Yew... tolonglah. Aku dah 'ada' ok?! Jhope oppa la~ hehe...

Okay! Sebenarnya aku tau pon sebab aku terdengar kawan si S ni cakap-2 psal dia mase dia takde dlm kelas. Kawan si S ni kan, tak boleh cakap kuat lagi ke? Memang nak bagi aku dengarkan. Bagus sgtlah tu. Majoriti dalam kelas aku kebanyakannya dah kapel. Aku jealous? Tolonglah!!! Tak nak aku! Menderita siot kalau kau punye bf curang erghh! Aku yang dok tengok ni dah mula rasa tak nak ade bf ni. Buat ape der?? Ape function bf ni sebenarnya?? Tak paham aku. Kalau dah kahwin, lain citer lah. Ramai yang mintak nak kapel dgn aku tapi, no way!!!! Hati aku setia. Pada 'DIA'. Hahhaa. DIA dengan Jhope je. /aku rase semua BTS oppa aku anggap macam oppa aku hahaha mian. gurau di tengah malam/ Syok malam-2 melayan perasaan mase tahun lepas. Aku dah tak nampak dia macam selalu. Dulu best je gi sekolah. Sebab tu nak je pergi sekolah setiap hari :p


Time dia, adik dia dengan abg kembar dia masuk pagar sekolah, aku tengok je la diorang bertiga tu. Yela , tak pernah nampak pon sebelum ni jalan bertiga masuk sekolah. Aku tengok yang abang lepas tu tetibe dia tengok ke arah aku /mungkin. aku xnampak sgt time tu. aku tak pakai spek lagi/ . And then, DIA pulak tengok aku. Aku time tu memang luar nampak tenang tapi dalam gabra gile. Rasa macam nak lari. Kebetulan gila dia tengok ke arah aku. Adik dia yang pompuan tu taklah.


Time diorang ade latihan silat, kekdang dia tak datang :(
Abg dia selalu jugak gi sebab makwe dia kan ade..... hmm....



Labels: , ,


Friday, 29 November 2013

  

Assalamualaikum & Annyeonghaseyo

Zie kembali lagi :) Kali ni cerita pasal dia . WaSya . Zie rasa agak terkilan jugak sebab dia nak pindah . Zie pun dah memang boleh rasa yang dia akan pindah . Memang Zie nak dia pindah pun . Memang masin betul mulut Zie ni . Sejujurnya , Zie nak dia still kat SMK Tmn Kosas . Baru nak jadikan dia kawan . Memang dah lama sangat nak berkawan dengan dia . Zie bukan kawan dengan dia sebab dia popular , kaya , handsome atau apa-2 je lah . Zie ikhlas berkawan dengan dia . Zie memang teringin sangat . Hahh ~ Harap sangat-2 dia tak pindah . Mesti pindah kampung halaman dia kan ? Lepas ni , Zie boleh hidup tenang tanpa gangguan bayangan dia lagi . Lagipun , ini yang memang Zie nak . Hidup tenang , takde orang perhati . Nak jadi macam baby . Takde siapa marah , boleh minum dengan tenang , tidur lena tak payah fikir pasal homework atau apa-2 . Ok ... Zie nak chow :) Lain kali , Zie post lagi . Bye bloggies .

Labels: ,


Sunday, 3 November 2013

 

28/10/2013 [Isnin] & 29/10/2013 [Selasa] 

28 Okt 2013 

Hari yang boleh dikategorikan sebagai HAPPY ? Time hari isnin , kitaorang [Naomei , Dee , Yana dan saya] duduk kat dewan tak buat ape-2 . Hari tu kitaorang kena pulangkan buku teks form 2 . Mase saya sorang je yang berdiri menghadap diorang [diorang tengah duduk , saya berdiri kat depan diorang] then , Naomei ade bagitau saya ,"Zakiah , aku rase aku nampak waSya la. Dia tengah lalu kat lorong [belakang dewan]." Saya tengok la dekat tepi tingkap tuh .. 'takde pon.' . 

Lepas saya cakap tuh , saya tengok pintu kat tepi pentas dalam dewan tuh . Ade 3 orang senior masuk . Saya tengok je laa abang yang pkai baju biru [baju tshirt rugby kot] tuh .. saya tengok abang tu jee takde reaksi .. saya tengok sampai laa dia lalu sebelah saya . 'erk ?! waSya laa ! Asal aku tenung dia macam tu sekali ?!!' Malu sangat , saya terus duduk sebelah Yana . Nak tau kedudukan kitaorang ?

kerusi kosong | kerusi kosong | Naomei | Dee | Yana | saya 
-----------------------------------------------------------------
Meja


Macam tula kedudukan kitaorang  . Yana tanya la abang-2 tuh termasuk la waSya . 
"Bang ! Bang nak amik kerusi ke ?" Yana jerit la lagi lepas tuh .. waSya tetibe datang dengan bawak kerusi . Kitaorang ingat dia nak pukul kitaorang . Rupa-2nya duduk depan kitaorang . Mase tuh takyah cakap laa . .. saya tak gelabah langsung . *dulu yela sebab saya suka dia* Yana cakap-2 la ngan waSya . waSya just senyum je . Saya tengok sekilas kat waSya . Dia senyum .. 'cute jugak dia ni bile senyum ... dah lame aku taktengok dia senyum cmtu' . Yana suruh waSya main piano . Piano tu kat tepi , belakang saya . Dia stretching jap sambil pandang kitaorang . Saya & Yana just gelak . Naomei ngan Dee taktau laa . Macam xde reaksi diorang ni . Lagi-2 Dee . 

Kitaorang dengar je la dia main lagu ape . Selamat hari raya . hahahaha .!! Saya & Yana ni selambek je ketawakan dia ! Lawak jugak laa . Saya pon taktau camne saya boleh gelak cmtu sekali . Selama ni cover cun aje depan dia . Tapi , hari tu memang tak . 


29 Okt 2013

Mase tu hanya kitaorang bertiga . Lokasi nya kat kedai buku . hhooh . [Dee , Yana dengan saya je] . Mase ni ... form 4 ngan 5 tengah rehat . Lagipun , form 3 bebas kot . 
Yana tengah belek-2 fon saya nak tunjuk kat akak dayah [akak kedai buku] , yang gambar profile pic dia yang mane . Gambar tersebut memang ade dalam fon saya . Jadi , bila dia dah belek-2 tuh , dia terus tunjuk kat akak dayah gambar tuh . Saya pun cuba nyelitkan diri nak tengok gambar tuh . Tangan kanan saya pulak macam nak capai fon saya tuh . Tetibe , memang mengejut laa , ade orang jerit "WOII !" kat tepi telinga kiri saya . Saya pandang baju dia dulu , 'nametag biru ,... baju biru ..' terus tengok muka ..

'waSya ??!'

Saya tengok tepat kat mata dia . Dia pun tengok saya sampai laa dia keluar dari kedai buku tu . Mase dia dah nak keluar tuh .. dia tengok saya macam nak makan saya je . Seram laa . Lepas tuh , saya terus pegang lengan Yana . "Liyana ... " Yana tengok saya lepas tuh tengok kat luar kedai buku . Terus mata dia bulat macam ni ---> 0_0 
Dia tengok saya dengan waSya bergilir-gilir . Saya terus tekup telinga kiri saya . Saya pun tengok kat luar . Dia dah nak beransur pergi ... tapi , yang peliknya kenapa dia buat mcm tuh ?

SAYA TAK TAUU !! SAYA NAK TAU JAWAPAN ITU 0_0


Labels: ,


Sunday, 6 October 2013

  

Hi again .... today ... yesterday ... i always remembered him. It's so hurt and yet so hard to forget him. Since i'm in grade 5 , i started liked him for no reason ? hmm ... he is the guy that so my type. And i know that he already had a girlfriend that he loves . but , i know he knows me .. he such a cruel person i've known  He pretend that he doesn't know me . AT ALL . It so hurt that he pretend that not knowing me .... how cruel he is . I likes or love him ? I don't know . I feel like want to cry right now ... how sad ... CRUSH ... if you want to know ... i'm willing to love and likes anybody accept YOU  .... I still keep some letters that i writed about you ... , i memorize your birthday date .. your full name .. your siblings .. it's so wasting my time to memorized all that thing about you . I want to throw away from me .. but i can't. YOU KNOW
I always thought that you like me ... but i'm fool ... and now , i know all of that . each question, there is the answer .. i'm already get that answers .. maybe next year i will get the answer ? No one know ... 

".... If you at in front of me now .. i will expressed it all !!"


Labels: ,


Saturday, 6 July 2013

 
 *Abaikan gambar nih . Tak kena langsung dengan tajuk nyee*

Assalamualaikum :')
Sekarang nih , Zie cuma nak cerita sket time dekat IKBN . Tau tak kat mana ? Search kat Google Map . Cerita nih dah lama kot ? Hari Rabu lepas ... 

Time dah sampai IKBN , Zie , Maslin , Maizatul , Aisyah dengan Liyana tunggu lah kejap kawan kitaorang yang lain  ... Bile lah diorang nak sampai kan ?? Lepas tuh , kitaorang terus naik gi cari tempat duduk untuk penonton . Peserta kena bersiap sedia . Dalam 10 minit camtu , kitaorang still waiting la ... mana diorang nih ? Bile nampak bas *rasanya bas yang hampir terakhir kot* , Zie dengan Liyana turun la bawah tinggalkan Aisyah ngan Maizatul jap . *eshhh bile nak start nye nih ??* Bla bla bla bla ~~

Time perbarisan , rumah Biru temanya ; Captain Amerika . Merah pulak ; Iron Man . Kuning ; EX Men . Ungu ; Bat Man *rumah sukan Zie* . Hijau ; Ninja Turtle . Gelak gelak jugak ... rumah hijau yang menang perbarisan tuh . Cam tak caya je ... rumah ungu boleh la .. Lepas dah habis show perbarisan , kena nyanyi lagu Negaraku . Tibe-2 , Dini , pukul tangan Zie *slow je la* , Zie terus terkedu . DIA ?? Dekat gila dengan kitaorang . Zie pun takleh nak kata apa . Nak gelak , tengah nyanyi lagu nih karang orang fikir Zie ni tak betul kot . Nak nangis , tak de kena mengena . Jadi , Zie tahan senyum . Semua yang dah habis buat perbarisan tuh , mesti pelik kat Zie . Yela , diorang kat atas dengan panas teriknya subhannallah . Sampai ada yang pengsan . Zie rasa dalam hati Zie bila dia dekat tuh ... tak rasa debar macam selalu . Bile dia dengan gf dia nak cari tempat duduk , Zie tak rasa cemburu pun . Yeaaaahhhhh !! Mungkin rasa suka pada dia makin hilang agaknya ! Boleh lah hidup aman dengan damai !!! Malas nak fikir pasal cintan-cintun nih ... okay la ... gud luck pada sesiapa yang ada hari sukan ... assalamualaikum !!

Labels:


Sunday, 9 June 2013

 


It's really hard when we tried to forget someone we love . Macam mana pun Zie pergi , ia tetap akan datang . Macam mana pun Zie lari , ia tetap kejar . Itu la cinta pandang pertama . Zie terrrrrr - jatuh cinta dengan sorang mamat nih . Dari darjah 5 lah . 3 tahun dan Zie still ingat dia lagi . Lagipun , Zie kan cinta bertepuk sebelah tangan je kan ? Buat apa Zie nak suka dia lama-2 ? Tu la . Zie dah cuba nak lupekan dia , tapi , so hard . Benarlah ... memang tak boleh lupa . Tapi , kalau Zie cuba sekali lagi , tak salah kan ? But , I try my best ! MSA , kalau lah awak dengar apa yang saya nak cakap nih .... 

"Awak , awak nak tahu tak ? Saya teringin nak ajak berkawan dengan awak . Tapi , saya tak mampu . Sebab nya ... saya ni pemalu sangat . Saya pernah bagi awak 2 surat masa sekolah rendah dulu . Awak ingat tak ? Saya harap ... awak tak buang surat tu . Saya tahu , ianya sangat memalukan kalau awak simpan surat tu . Ianya mesti tak berharga bagi awak kan ? Jadi , kalau awak nak buang kannya pun tak apa asalkan jangan buang lukisan yang terstapler dekat surat tu . Tu lukisan kawan saya , Naimi . Dia bersungguh-sungguh lukis lukisan tu . Ianya nampak serupa dengan awak . Saya rindu kan kenangan dulu . Saya dengan kawan-2 saya asyik stalk awak je kan ? Mesti awak rasa rimas . Maafkan saya . Saya memang teringin nak berkawan dengan awak sejak saya terpandang awak tengah berjalan ke kantin dengan kawan awak . Dan , saya pun tak sangka , selain ingin berkawan dengan awak , saya teringin nak jadi lebih dari kawan . Saya tahu , kita bagai langit dengan bumi . 

First time saya tengok awak senyum pada saya dari bawah , saya terasa degupan jantung saya laju . Macam kipas bile kita on sampai maksimum . Macam tu lah saya rasa time tu . Saya memang berharap kita memulakan hubungan kita dengan berkawan :) . Tapi , saya memang still tak percaya . Awak clash dengan kak I**** ke ? Dia sesuai dengan awak . Jangan putus hubungan dengannya . Saya rasa dia sesuai dengan awak . Walaupun saya ingin menangis bila kawan saya kata yang awak asyik berkepit dengan awek awak , saya terasa tapi , saya tetap tersenyum walaupun pahit untuk diterima . Saya harap awak ... sudi berkawan dengan saya . Dan , awak juga ialah orang pertama yang berjaya curi hati saya ..."

Panjang kan ? Zie pun tak percaya panjang sangat apa yang Zie nak katakan pada DIA . Harap tak la dia baca !! Memang malu gilaaaa XD .
Zie tak nak lebar-2 kan cerita nih . Annyeonghigyeseyo !

Labels: , ,