I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Saturday, 28 November 2015



Tak sangka aku termimpi dia tadi. Dari mula mimpi tu, aku mimpi cikgu Rai dulu. Memang aku rindu dengan cikgu Rai, semua budak-2 yang sama taska dengan aku sampailah aku dah tak duduk situ. Lepas tu, tetibe aku dapat mission. ni dalam mimpi. Mission nak kena hantar semua budak-2 poli pergi kolej diorang. Nak tau tak, siapa aku mimpi? DIA. My..... ehem. Bukan boyfriend pun. Cinta bertepuk sebelah tangan aje. Rindu sangat dekat dia agaknya sampai mimpi lagi. sebenarnya, mimpi ni bukan je mainan syaitan. Tapi, serius, rase macam real gila! Kawan-2 baik aku semua ade dalam mimpi aku. Ade tuh, aku tengah berbual dengan Dini, apa nak buat, semua tulah. Lepas tuh, dia tunjuk depan aku ni guna mata dia. Isyarat matalah. Aku pun buat dek jelah. Lepas tu, abang kembar dia pergi dekat Dini tanye ape ntah, aku ikut Dini, mana dia pergi. Lepastuh, dia patah balik, suruh aku pusing balik tempat tadi. Fuhh tempat tu memang padat. Kitorang macam bodyguard diorang tau hahah! Kitorang kene buka laluan untuk diorang supaya senang diorang lalu. Sebelum bertolak, tetibe Dini tolak aku. Aku pegang bahu Maslin. Aku cakap lah dekat Dini, weh takyahlah tolak aku! And, dengan terkejutnya aku, aku pandang belakang Dini, diorang berdua pun ikut buat tren!


Aku menangis dalam hati. HAhaha! Lepas tu, memang banyak halangan, tapi aku dengan Maslin sampai dulu. Aku tengok belakang ade dia je. Abang dia takde. Bila aku dengan Mas lari, ade budak lelaki dari tingkat atas jerit, ehhh ade lelaki ni kejar bla bla bla. AKu tak ingat sangat so skip. Haha. Bila dah sampai, aku kene angkat tikar berat pulak! Aku nak alihkan dekat tepi dinding, tapi aku tengok sebelah tu ade dia. Dia pakai tie biru belang-2. Bukan tie pustakawan dah. Serius rindu nak tengok dia pakai baju sekolah dengan baju sukan lagi ^^" Lepas letak, aku pergi dekat diorang. KAwan-2 aku semua tengah berbincang ape ntah, pastuh aku bisik dekat Liyana, "weh..nanti aku rindu dia." Air mata aku macam nak tumpah dah time tuh, Dini tengok aku pastuh senyum.... senyum macam mana tah. Last-2 aku paham maksud dia. DIA ade dekat depan aku dengan Liyana sambil senyum. Kuang aja. Aku mase tuh larikan muka aku sebab air mata aku nak jatuh. Lepas tuh, diorang dah gerak gi poli diorang.


___________________________



Habis mimpi aku!!! Hhaahah boleh buat novel :p aku dah buat banyak dah pun. cehh berlagak padahal belum diterbitkan. Serius, lepas terjaga, aku terus menangis. Aku tak tau kenapa. Aku rase aku rindukan dia sangat sampai terbawak dalam mimpi. Tapi, dia bukannya kesah pun aku mimpi pasal dia atau suka dia. Mula-2, aku ingat aku minat dia je last-2 tersuka pulak. Mase dia tertidur dekat pss, aku tengok je dia. Tpi, dia cover muka dia guna beg merah dia. So, tak nampak. Bila ade budak masuk, dia macam terjaga sebab pintu tu memang kuat bunyi dia. yelah dah lama kan. Serius, haritu paling aku suka. Sebab aku dapat tengok gerak-geri dia, dia ambil surat khabar, dia baca. Hahah! Aku tak tahulah kalau dia perasan aku dengan Nai usha dia mase tu. Lepas habis rehat dan kitorang sambung balik bertugas, aku bukak pintu pss nak masuk, kalau aku lambat sket, mesti aku dah berlanggar dengan dia tapi, tak. Tapi, hampir. Dia tinggi lah jugak. lol. lelaki mestilah tinggi.


Mase hari jadi Dini memang takleh blah, aku berdiri dekat tepi dinding dekat dengan tandas lelaki (takdelah dekat sangat) sambil sedut slurpee. Time dia keluar tu, memang aku tak sangka, dia lalu depan aku dan rasa macam dekat sangat!!!! Bagai nak gila weh jantung aku berdegup lepas dia lalu. Aku kaku kejap. Hahaha! Serius kalau ade orang perasan reaksi aku macam tu, mesti dia gelak! Selama ni memang lah ade ramai lelaki lalu dekat dengan aku, tapi bila dia lalu je, tetibe jantung aku berdegup laju. Macam tren yang tak sabar-2 nak sampai ke tempat perhentian. SAMBUNG CITE DEKAT PSS , lepas dia keluar. Aku cadangkan dekat kawan-2 aku, duk luar jugak. Bila duk luar, dia dengan abg dia ade dkat psg. Aku mase tu, ade taruh hati dekat abang dia. sikit. Aku perasan time aku usha abang dia, aku tengok dia jalan kebelakang lepas tuh pusing balik dekat abang dia. Gaya dia macam nak tengok kitorang. Lol. AKu tak pakai spek, tak nampak lah T^T


Bila aku teringat scene tu, aku suka time hari jumaat sebelum cuti hari raya aidilfitri 2014. Aku dengan Mas nak gi kelas. Kelas kitorang kene lalu dua lorong. Dia ade dekat lorong pertama dengan kawan dia yang tinggi lampai tu. Aku nak Mas jalan dulu tapi, tengok dia makin kebelakang, aku lalu jelah. Memang ramai lelaki dekat-2 situ, so aku berlagak tenang jelah. Bila lalu depan dia, kaki aku rasa macam nak lari. Tapi, aku jalan macam biasa jelah, kalau terjatuh buat malu je. haha. Sebelum aku lalu depan dia, dia kedepan tau. Lepas tu, bila aku macam makin dekat dengan dia, dia undur kebelakang laju gila lepas tu dia pegang lengan kawan dia, and macam nak menyorok belakang kawan dia pun ade jugak. Aku dengar kawan dia cakap, kenapa kau ni? Lepas aku dengan Mas melepasi lorong tu, tetibe mercun bergema! Serius nak tercabut jantung aku time tu! Mas peluk aku sampai aku nak jatuh. Aku rasa dia tengok kitorang mase tuh!! MALU GILA!!


Lepas masuk kelas, jiran sebelah (kelas sebelah) ziarah kelas kitorang, lagipun, tak ramai datang mase ni. So, kawan aku Nazatul ade pegang novel Rindu Awak 200%, Aku pun bace lah jugak sinopsis dia. Memang khusyuk gila aku cakap. Tetibe, Mas tepuk bahu aku. Pastuh dia suruh aku tengok arah yang dia tunjuk. Terkejut beruk aku weh!! DIA! DIA! Dia pandang ke arah kelas kitorang!! Aku mase tu terbesarkan mata aku kot. Aku pandang dia tak sampai seminit, dia blah. Aku rasa kitorang bertentang mata tapi aku tak nampak so nak buat macam mana.

Serius, aku akan ingat semua peristiwa yang berlaku antara aku dengan dia sampai bila. Peristiwa aku dengan wasya pun masih segar dalam ingatan aku apatah lagi peristiwa dengan dia. Memang.....erm!


WOAHH!! Panjang gile aku merepek! HAHAHA!! Bukannya ade sesapa bace lol. Kalau sesiapa bace, silalah ke blog REAL aku -> SINI

Labels: ,