I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Tuesday, 24 September 2019

salam semua.
fuhh~ sebelum aku mula, bagi aku tarik nafas dulu.

ini mengisahkan tentang crush aku tu. aku rasa better aku move on. kali ni betul-betul.
untuk kebaikan diri aku sendiri. hati aku.
better aku dahulukan perasaan family aku dan aku dulu.
aku nak bina kehidupan idaman aku dulu dan capai apa yang impikan selama ni, insha Allah dengan bantuan Allah.

aku interview semalam pun takde siapa teman tapi aku fikir Allah itu ada. sentiasa ada untuk umatnya. kita je yang lupakan Dia. so, aku rasa better letakkan perngharapan yang tinggi kat Allah berbanding manusia. perasaan aku kat dia maybe boleh hilang macam tu je.

tapi aku sendiri keliru dengan perasaan aku. aku nak kawan je ke atau lebih dari itu.
even kawan aku tanya, aku tak sure. time borak-borak dengan dia, takdelah se berdebar macam aku pandang dia dari jauh. biasa je.

lama weh aku ada perasaan kat dia. ke, hati aku ni saja je buat-buat cool depan dia but belakang berdebar gila. entahlah.

aku sendiri tak pernah couple. tak pernah rasa mesej malam-malam semua dengan yang bukan mahram.

aku tak nyesal. sebab aku tahu Allah simpankan jodoh aku baik-baik. buat pe aku nak suka orang yang bukan jodoh aku. aku doa aku tak cinta dengan yang bukan jodoh aku. supaya hati aku tak terluka. amiin.

jika dia jodohku ya Allah, dekatkanlah dengan cara yang baik. jika tidak, jauhkanlah dia daripadaku dengan cara yang baik juga. amiin.