I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Friday, 2 August 2019

part yg pergi pd tu aku sambung nanti. ini aku nak cerita kisah harini.

aku sampai awal kat kolej dalam pukul 8.50 camtu sebab mak aku hantar kat lrt awal-awal. lepastu, aku masuk kolej and check banyak lagi kerja tak siap and report gi pd dgn report potluck raya tak hantar lagi. 🌚🌚🌚

lepastu, dalam beberapa minit bukak laptop, shikin sampai. and kitorang gossip2 kejap. and aku pon pindah masuk dalam kelas diorang. yasmeen pon dah sampai.

dalam kelas, aku sambung lah update blog aku dengan sambung buat report apa yang patut. diorang pulak buat something untuk hari khamis minggu depan. ada pergi rumah anak yatim. 92 kids guysss amacam?😂 aku pon join sekali sebab alang2 takde kelas time tu.

lepas miss dah briefing sikit kat diorang punya kelas, shikin ajak gi makan sekali dgn yasmeen. that time, yasmeen takde duit. so, nak dijadikan cerita mak dia bank in duit dalam akaun bank aku.

otw nak gi keluarkan duit, kitorang kat escalator panjang tu nak turun. dah sampai bawah, nampak sorang pakai baju biru sorang pakai baju purple. terus berderau muka aku. macam kena simbah dengan air pun ada jugak.

mana tak weh, bila kau terserempak dengan DIA dengan member kau, syaheer tu kat situ. macam........🙂🙂🙂 reaksi aku nak senyum dengan tak senyum je weh. lawak gila. aku nak tengok dia pun, dia tgh makan aiskrim. aku sempatlah tengok dia mcm ada senyum2 gak tengok kitorang. hahahaha. syaheer tanya shikin, ada kelas ke tak? shikin punya reaksi lawak gila😂😂 dia pon terkejut gak nampak DIA kat situ.

serius terkejut. and that time rahsia aku ada crush kat DIA terbongkar😂  kat yasmeen. aduhhhh😂😂

terkejut gila DIA datang!! selalunya dia lepak rumah je. maybe diorang rancang nak lepak mana2 kot dengan sir. tadi aku soal siasat nad, dia kata DIA dtg nak buat kerja last2 main pubg je Hahahahah siot.

tapi en, kalau aku lepak atas, mmg hampir2 lah nak dapat berbual dengan dia. sebenarnya aku on je kalau nak mulakan perbualan dulu, cuma takut sikit apa akan jadi kalau aku start dulu. aku ni selalu overthinking. aku takut nk terjah2.

papepun, memang aku akan ingat lah kot apa yang jadi harini.