serius rasa tak puas hati 😂😂 tak puas hati sbb ingat yg aku bercakap dengan DIA tu mimpi 😂🤦♀️
aku asyik ingat yg :
1. miss tanya aku rumah kat mana? macam sengaja but aku tahu miss nak DIA tahu aku tinggal mana. tapi aku rasa dia dah tahu pun. syaheer yg balas bagi pihak aku lepastu tapi miss marah. miss tanya lagi, aku balas lah kat ni ni. miss tanya pulak kat mana. aku dahlah tahu arif lagi selok belok rumah kat sini sbb baru pindah so aku gelak jelah. sekali lagi miss tanya, DIA yang tunjuk area rumah aku kat mana. 👀 aku terkejut jap. DIA yg macam beria😂 siap tangan angkat lagi ke arah yg dia tunjuk kawasan rumah aku. aku diam lepastu senyum je.
2. sembang dengan DIA. aku terlupa nak tanya dia pulak next sem dia berapa subjek. tak sempat nak tanya, miss dgn syaheer dah smpai. aku boleh je kot nak sembang dengan dia kalau yg lain tak usha macam ni 😁😝
3. time nak bayar tu, aku macam rasa DIA tengok aku tapi tak kot. entah lah. rasa weh.
4. teringat rumah dia. hahaha ini syaheer punya pasal. dia bawak kitorang lalu depan rumah dia dengan DIA. so, aku dah tahu lah. cuma tak berapa hafal jalan ke rumah dia. map kan ada..
5. tatapan mata dia time aku sembang dengan DIA. rasa berdebar tu taklah tapi mulut aku menggeletar😂 takut tershashul depan dia. nasib tak hahaha. nanti boleh lah aku start sembang dulu. actually, aku nak start dulu tapi takut jadi kekok. so, dia yg initiate dulu conversation kitorang.
6. dia asyik betulkan rambut dia. aku tengok dari ekor mata jelah weh. aku ada tengok video kimberly moffit pasal nak tahu if lelaki tu suka kita ke tak. ada satu petunjuk ni, dia 'preener', maksudnya dia sering pegang atau betulkan rambut dia bila berhadapan org yang dia minat. so, aku macam, takkan lah kot. sbb kimberly cakap kita takkan tahu kita rasa nervous kita buat apa so automatic tangan kita main peranan. time sembang ngan dia pun, aku tak sedar tangan aku ke mana😂 aku ingat ke tudung jelah. betulkan pin. hahaha dengan kepala aku senget2. siot je😂 badan aku tak menghadap dia masatu. so rasa mcm biadap jap.
7. tu jelah kot. tapi serius mata dia yg paling aku ingat. dia pakai topi malam tu, so muka dia pun samar2 je bawah topi tu. aku lebih suka kalau dia tak pakai topi. yup😌
sekian itu sahaja daripada saya.
if DIA baca ni, ketahuilah aku memang teringin nak sembang dengan kau dan impian aku tu tercapai😂😝 aku memang suka kau but, aku lebih prefer kita jadi kawan. tak bermakna aku suka kau, aku nak jadi pasangan kau. ingat, tak semua perempuan macam tu. okey? ciaww

