salam guys.
harini aku cuma nak borak kosong. lagi hahahah memang blog ni untuk aku cerita pasal kisah aku. kau dah kenapa? kekeke
semalam, kolej aku ada event potluck raya. organizernya adalah mpp dgn upp. (aku termasuk sekali uuuu) and aku memang dah niat nak pakai baju batik merah tu. so, aku pakailah baju tu semalam. time dah duduk, aku ternampak 'dia' lalu kat tepi tepi belakang tirah. that time dia pakai tshirt hitam. so aku macam fuh nasib tak pakai kaler sama macam aku. sekali, bila lepas buat persembahan dikir barat, ada show booth untuk makanan. semua staff msu pergi tengok-tengok makanan yang ada. aku stay still kat tempat duduk.
lepas vai kata student dah boleh makan, aku berdiri lah, and ajak student lain pergi ambik makanan. aku pulak tak ambik lagi sebab bagi budak budak ni makan dulu. and aku pusing belakang, nampak dia. ermmmmm
dia berdiri pakai baju melayu merah.
aku macam what hahahha
dia macam pandang ke arah aku dengan member member aku tapi aku buat macam tak nak tahu pun dia tengok.
aku mase tu tak ambik lagi makanan sebab aku kan organizer so takpelah kalau aku makan lambat sikit. aku tanya tanya miss kalau nak tolong ambikkan apa-apa makanan tapi diorang kata tak payah. diorang boleh ambik sendiri.
aku macam, okey.... er.. hahahaha.
time aku berbual-bual dgn shikin, dia pergi kat tempat air. dekat dgn tempat kitorang berdiri. macam dengar-dengar jugaklah dia. aku taktahu kenapa tapi en hari semalam tu, rasa macam 😂😂😂😂 macam aku kena usha tapi macam tak.
banyak kali kot aku rasa. oleh siapa?
oleh dia.
tapi maybe dia usha sebab aku pakai macam tu kot. korang tau tak semalam, aku pergi dekat ikha dgn irfan spek ni. diorang tengah kemas-kemas pinggan. lepastu, ikha cakaplah, menyesal tak bawak seluar sbb dia tak selesa. so, aku pun angkatlah kain aku. aku pakai seluar kat dalam lepastu aku dengar macam ada orang tersembur.
aku tak pandang dia direct tapi aku nampak bayangan dia lalu kat depan aku. terus aku turunkan kain.
bapak malu siaaaaa
sebab dia dari tempat dj tu, so aku ingat dia kat situ jelah sbb dia nyanyi en. bongok tullah Hahahhahaha malukan diri je aku ni.
lepastu, banyak kali jugaklah aku lalu tepi-tepi dia, depan dia, and dia macam tengok-tengok. aku pergi ambik sudu untuk cedok kek, dia macam tengok aku pergi mana, aku keluar kejap dia pun keluar tapi maybe kebetulan, lepastu lagi time tangkap gambar kat tangga ramai-ramai dengan director, aku nampak dia kat tepi sorang-sorang. lepastu macam tengok-tengok kitorang kat atas ni. aku time tu sorang je, shikin, far dgn fita kat bawah, dekat dgn director.
aku malas nak himpit-himpit semata-mata untuk tangkap gambar. pshh.
time karok, dia ada kat sebelah bilik aku tengah lepak time tu. dia nyanyi wehh. masa tengah makan sebelum ni, aku tengok jelah syaheer nyanyi. lepastu, syaheer tanya siapa nak nyanyi. kawan aku cakaplah zack! nyanyi kpop!
aku pun wehhhhhh janganlah. syaheer pun apa lagi. zack? nak nyanyi lagu apa? blackpink? lets kill this loveee~ hahah. 😑 dia gelak weh siot tul.
fita pulak, weh dia usha kau. aku pandang fita macam kau biar betul. fita angguk. hmmm.
time kat bilik sebelah karok tu, aku diminta tolong potongkan kek. so aku potonglah. susah nak potong sebab ada buah-buahan banyak. walau macam mana pun, aku potong jugaklah. nanti senang nak makan.
bila tengok sebelah, (sebelah aku betul2 pintu masuk so ianya terbukak) dia kat situ. aku pun macam erm lantaklah situ hahaha yg aku tau kek ni berjaya dipotong. time tu aku ada keluar masuk keluar masuk ambik sudu.
paling best aku rasa moment aku nyanyi ramai-ramai dengan diorang. miss zunur, miss dyana, syar semua. nyanyi lagu dimatamu. siot je 😂😂😂 lepastu aku nampak dia macam usha2 sambil susun balik kerusi masuk dalam kelas. aku sambung balik nyanyi dengan penuh feeling sampai mikrofon tu pun dah tak bersuara. kitorang nyanyi feeling gila sampai ada beberapa org datang tgk. dah lah tempat kitorang karok tu sempit. hahahahah
bila dah habis cerita semalam, harini. aku pakai sama kaler baju dgn member dia iaitu member aku jugaklah. tapi dengan dia boleh gurau-gurau. sehati sejiwa hahahahahha😂🤟🏻
aku bukan apa weh, aku tak faham dengan perasaan aku sendiri. bila aku dengar dia banyak chat dgn T, hati aku macam terluka sikit. bila nama orang tu dia sebut, aku macam urm. aku cakap dekat kawan aku fita tadi, aku konfius dengan perasaan aku.
dia kata kalau kau nampak dia dengan orang lain, kau sakit hati maknanya kau suka dia. kau sayang dia. tapi kalau kau rasa macam lantak dia lah nak buat apa, itu bukan suka.
aku ni dah tahap angau tau tak. malam tadi je mimpi dia. eh tak time subuh. aku mimpi aku tengah cakap-cakap dengan roy, nezam dgn fita. dia pun ada sekali tapi aku kurang cakap dengan dia, aku byk cakap dengan roy. sekali aku tanya roy, dia yg jawab. aku tanya lagi, dia yg jawab.
aku dalam hati wth dia ni. aku tak tanya dia pun.
so, aku ingat sampai situ je mimpi aku. hahahaha

