I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Friday, 26 July 2019

salam semua.
seperti yang aku sendiri tahu, aku mahu luahkan something.
actually, 24 july which is semalam, kitorang kat kolej ada buat event pergi kilang yakult dengan pergi port dickson. kitorang pergi pantai cahaya tak silap. memang cantik lah scenery dia kat situ. tak salah pilih tempatlah.

macam-macam jadi kat sana. sampai aku pun rasa macam mimpi. yup, totally dreaming but nahh it was real guys. it was really happening to me!

dia ikut pergi pd weh!! aku mula mula agak macam dia tak pergi. tapi lepas tanya fita, fita kat dia pergi. member dia lagi sorang pun ikut gak. fuhhh recik hawau. nak kepastian lagi, aku tanya miss lily. and miss sengih je dari jauh. aduhhh

okey, aku cerita apa yg terjadi kat aku time kat kilang yakult. dah sampai, kitorang bergambar dulu ramai ramai kat depan signboard yakult. lepas tu, kitorang gi kat depan pintu sebelum nak masuk. aku pun apa lagi, dah bawak kamera dlsr, aku tangkap lah gambar kawan aku. lpeastu, aku mintak tolong dia pulak ambikkan gambar kitorang berempat. sekali, bukan berempat, dengan dia sekali masuk dalam gambar. lepastu syaheer pun, usik aku supaya simpan gambar tu nanti. aku pun seganlah and aku nak terajang kaki syaheer tapi syaheer elak sambil gelak gelak. nasiblah aku bila dia dah tahu.

syaheer tahu aku suka member dia time survey pd haritu. hari sabtu 20 julai.

lepastu, dah bergambar ngan member, aku pegang jelah kamera tu and tak buat pape. dia pulak ada kat depan aku masatu sambil buat apa entah. syaheer dgn aku saling berpandangan and then dia pandang member dia yg kat depan aku ni.

dia dah start dah! syaheer ajak member dia bergambar, photographernya aku!!  the heck!!! punya menggeletar tangan aku time tu! syaheer sengaja usik aku ! siot wehh! yg dia pun taktahu pape dah kena tarik ngan syaheer. aku masetu dah gelabah jugaklah. tapi ikutkan ajelah. syaheer nak tolong aku kot, aku pikir camtu.

and aku pun tangkaplah gambar diorang. syaheer tarik member dia lagi seorang. tapi jadi ramai pulak kat dalam gambar tambah nabil, hakim dgn darshini. hahaha pape jelah janji korang bahagia.
bila aku balik rumah, aku check gambar gambar yg dah ditangkap. aku paling suka gambar diorang. nampak akrab weh. serius.

lepastu masuk kilang tu lepas sesi budak budak tadika tu habis. kitorang semua naik level atas. and dia suruh tgk dulu pameran botol2 yakult kat situ. jadi kitorang tgk lah sambil usha apa yg patut aku ada jugaklah usha dia. and kadang2 tu rasa macam ada yang usha2 aku. aku nak kepastian jugak jadi aku pun usha2 lah kat tempat yg dia ada. dia tengah duduk masatu and aku just jalankan mata aku kat tempat dia. yup, aku nampak mata dia macam pandang aku. lolzzz bukan nak perasan tapi dah terperasan.

bila nak masuk bila talk tu, aku stuck kat pintu tu dengan dia. aduhh, sakai. aku pandang dia tapi time tu dia tengah cakap2 dengan kholis. so aku amik peluang tu untuk masuk dulu. lepastu baru dia. aish.
lepas habis talk, orang yg uruskan kitorang tu bawak kitorang gi tour tempat pemprosesan yakult. aku skip byk part kat sini.

lepas dah habis tour, kitorang pun patah balik kat tempat tadi berkumpul tu. dia ada kat tangga nak naik tu. duduk macam nak cari gaduh. yg aku perasan tu, dia macam usha belakang lepas dia bangun. aku tengok dari ekor mata aku. entah siapa dia cari tah. macam lama jugaklah dia tengok belakang.

aku taktahu kenapa, tapi aku macam rasa something. tapi, macam mustahil. 

dah habis, semua turun bawah untuk beli air yakult dgn bergambar.

dah lepas beli yakult, aku pun pergilah kat fita dgn far. dengan duit syiling 90 sen kat tangan. sambil pergi kat diorang, aku usha dia. okey, dia kat sana. camtu jelah aku cakap dalam hati. aku gi kat diorang berdua, lepastu aku bebel lah sbb dapat semua duit 10 sen and aku tak bawak dompet time tu. time tengah bebel tu, aku terusha dari bawah kat tepi aku.

gulp.


asal dia kat tepi aku ni? 蘿 aku memang tak berani nak angkat muka tengok dia. ada rasa nak buat camtu, tapi takpelah. lain kali saja. hahahahaha. lepastu aku ckp kat far, "macam mana ni?" sambil tunjuk duit syiling aku kat dia. dia kata masuklah poket kau. aku pon rasa bengap kejap time tu. maybe sbb DIA ada kat belakang kot. HAHAH jadi, aku masukkan lah duit syiling aku dlm poket lepastu terjatuh satu duit syiling kat lantai. kebetulan jan ada kat belakang, dia ambikkan. tetibe dengar suara dia, "ha duit siapa tu jatuh?" aku pon cakaplah "duit aku" sambil gelak. time tu aku selamba jelah. dah ramai-ramai kat situ. tapi yang aku pelik, tetibe dia kat tepi belakang aku waktu tu. apasal ek? 😮

dah selesai kat yakult, kitorang pun berjalan ke tempat mana bas2 kitorang berada. aku jalan depan sekali sebab nak cepat naik.

bila dah smpai depan bas, pintu dia tutup lagi. so aku pun undur balik ke belakang nak tengok apa yg diorang bising tu. aqish tengok reflection diri dia kat pintu tu. lepastu, aku tetibe perasan *dia ada kat tepi. laju jugak dia jalan. yg aqish, dia lambai2 kat pintu tu, sekali pintu tu gerak. aku pun gelaklah sebab lawak weh.

lepastu, pintu bas dah bukak. aku memang taklah masuk dulu sebab aku tak berdiri depan pintu. aku bagi fita dengan siapa ntah masuk dulu. aku pulak nampak dia ni tak masuk lagi, aku pun suruh lah dia naik dulu. AKU TAK SANGKA AKU BERCAKAP DENGAN DIA ASDFGHJKLAJDJDB
and nak tahu dia cakap apa? 

dia cakap takpe, anak-anak muda dulu naik. aku tersenyum lepastu terus naik. ikutkan hati nak balas je apa dia cakap tu tapi tak boleh. dia kena pandai balas spontan. aku takleh camtu bila dah nervous. time naik tangga bas, ada orang picit lengan aku. aku terkejut lah siapa picit2 ni. sekali tgk belakang, tirah rupanya. dia kata eeeee dengan muka macam bangga dengan aku sbb berjaya cakap dengan dia.
hahahha aku gelak je. tirah tunjum thumbs up kat aku. bagus jugak anak didik dia ni bila dia naik bas, fita siku2 aku kat sebelah. bila dia lalu sebelah aku, (aku duduk kat sebelah laluan org jalan) rasa macam tangan dia dekat dengan muka aku. aku macam kaku lah. dia sangat dekat dengan aku tapi aku tak berani nak dekat.

aku malulah wehhh


okey, esok aku sambung part dua. chaww