semalam 11 june,
best angat!!!! serius, ni first time aku lepak dengan member2 lelaki wehh serius! aku ingat en aku takkan dapat rasa tau experience benda ni. yelah, aku ramai kawan pompuan je. kawan lelaki erm.... krik krik. aku rasa ada hikmah weh aku pindah sentral. aku bet en kalau still kat ampang, aku still the same macam dulu. tapi, biasalah sikap pemalu aku tu still ada, cuma yg nak ada confidence depan org tu aku still tgh perbaiki.
everyone ada kelemahan yg diorang nak repair. mesti ada.
semalam, aku, jan, nad, syaheer dgn herman keluar hang out dekat wangsa walk. mula2, kitorang main bowling and guess what? I GOT FREAKING 9 BILA THIRD GAME! OH WOW. time aku main dengan family basar semua, takde pon aku dapat tumbangkan pin sebanyak tu. selalu 3, 4 lagi2 1. ermmm. sampai diorang memperkecilkan aku.
semalam entah dari mana datangnya semangat, aku baling sekuat tenaga aku. first game dgn second tu aku biasa2 je. tapi, papepun aku puas lah. lepas dah habis main bowling, kitorang terjumpa satu mesin untuk ukur ketinggian dgn berat badan. habislah melayang seorang rm1 hahaha. yang takleh blahnya tinggi aku 155cm. what?
setahu aku waktu sekolah dulu, tinggi aku 157cm. sekarang? aku makin terbantut ke apa? HAHAHAA tapi yg berat tu aku rasa betul. 42kg gaisss. whatthe....
bapak tak normal😂
lepas dah habis teroka mesin tu, pergi arcade pulak. hahaha habis berapa ringgit tah main kat situ. memula nak gi makan, last2 aku punya pasal, kitorang main arcade dulu. main menari2 tu, main game kereta, main lagi yg menari2 tu. hahahaha
dah nk pukul 2, kitorang pergi makan dekat food court. lepastu abe jan belikan kek coklat hehheheeh sekali dgn candle nombor 2 dgn 0. terkejut gak aku smpai beli candle tu HAHAHA takyah candle pon takpe.
habis makan, kitorang gi karok!!! ni memang aku nak pergi sbb dah lama tak melalak! hahhaa takdelah melalak pon.
kitorang pilih 2 jam untuk menyanyi kat situ. aku teringin nak nyanyi sorang2. maybe aku ambik dua jam jugak. fefeeling gitu en.
semalam ada yg nyanyi korea lah (eh sapa lah tu hahaha), jepun, mat saleh dengan lagu jiwang melayu. hehehe best2! boleh lah ajak diorang lagi nanti.
suara semua sedap2 wehhh😂😎 terkejut gak aku. tapi moment semalam takleh lupa lah. serius. jap, bukan semalam je. moment2 dengan diorang aku takleh lupa.
lepas dah karok, kitorang ingat nak tgk wayang. tapi tgk waktu semua mcm hareeeee. taknaklah balik lewat lagi even rumah 5 minit je dari mall.
syaheer dah start kereta pastu dah jalan tau, sekali tgh jalan2 tu, dia tetiba cakap, jom raya rumah zack. aku dah mcm pffttt boleh je kalau korang nak. sekali mmg pergi.
hahahahahahaa
maka, cilakalah saya.
ada adik aku kat rumah dgn dua member dia. dah jumpa adik aku, aku jemput diorang masuk and duduk dekat dalam. aku buat air lah apa lagi. tetamu en.
yang takleh blahnya, syaheer tanya banyak benda tau. hahahah aku redha jelah. lepastu tetiba masa ckp pasal crush, jan tanyalah siapa danial punya crush en. aku dah macam ermmm. malas nak ambik tau.
aku ckplah nad dgn herman tau. aku pon tahu jugak. of course lah en😌
lepastu, diorang tgh tanya2 nad dgn herman, mak aku mintak aku hidangkan makanan kat diorang. so, aku mcm sibuk sikit time tu ulang-alik masuk bilik adik aku.
sekali aku dgr diorang macam jerit2 kat luar. ermm dah tahu lah tu. reaksi diorang bapaklah hahah lawak😂 jan siap ckp, dah boleh tido lena dah malam ni. aku pon mcm hahahaha.
tapi en, aku perasan sesuatu tau sebelum aku masuk dapur. tapi, aku tak nak ckp kat sini. aku nmpak reaksi muka erm erm. mcm entah, camne aku nak cakap. mcm tgh fikir something yg serius lepas tahu rahsia tu.
aku pon mcm takleh terima lah diorang tahu. ingat nak rahsiakan.
lepastu, smpai ayah aku dgn mak aku balik, diorang stay kejap. tapi aku tgk syaheer mcm dah ngantuk and ajak diorang balik. lepastu mak aku siap masakkan kentang dgn hidangkan air lagi untuk diorang. hahahah makan smpai kenyang.
pukul 8, diorang balik.
serius. moment2 macam ni jarang datang kat aku. aku ingat lah kan, aku takkan dapat rasa pun mcm ni. buat memory macam ni selain dgn member pompuan. aku selesa dgn diorang. tapi, of course lah ada batas.
next sem, herman dah tukar ftw course IT. aku pulak, satu subjek je.
jaranglah jumpa diorang. aku jenguk2 kejap atau lepak2 lah dgn diorang nanti hahah. lepastu bulan 9, dah intern. tahun depan last sem, kena buat yg terbaik.
maybe insha Allah, aku nak terus sambung degree kat sentral jugak. FTW lah. aku nak belajar selagi boleh. nak ambik ilmu sebanyak yg boleh.
aku harap time degree tu, aku dapatlah join apa2 aktiviti budak2 FT buat. tapi kalau aku kerja, susah gak. ermmm. nak buat camne, aku pon teringin nak kerja. tapi kerja dgn belajar lain.
rasa mcm tak nak habis lagi diploma ni. hurm. nak buat camne, makin berlalu masa, makin tua lah kita.
salam.

