I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Monday, 13 August 2018

hari selasa minggu lepas, 7 ogos 2018, dekat kolej kitorang ada event hari kemerdekaan. event tu kawan-kawan aku buat so, nak support member punya event aku joinlah. lagipun, aku dah lah pantang kalau ada game batu seremban dengan congkak ni ha 😂 menggila kau dengan member lain😂😂

masa tu pagi lagi. aku baru sampai. kitorang ada projek nak kena siapkan. kitorang tengoklah video kat level 2 (office bawah) kolej kitorang. time tengah tengok video tu, kitorang macam gelak-gelak lah jugak sebab grand gila majlis diorang ni padahal kitorang nak pilih yang biasa-biasa je.

at that time, puan marina masuk so aku tengok je lah and then sambung tengok video. tak sampai berapa saat, ada orang lain masuk. aku pun tengok jugak orang tu, last-last tergamam aku. tak, tak, hati aku macam kena panah.

serius.

aku terkejut kau tau tak?! aku tak sangka dia datang untuk event tu. biasanya dia endah tak endah je kalau ada event, meeeeeelainkan kalau kawan dia ajak.

bila aku nampak muka dia, aku terkejut lepastu aku terkelip mata terus pandang tempat lain. padahal hati masih berdebar-debar. yang peliknya, asal hati aku berdebar-debar? bukan aku dah tak suka dia ke?

kholis pulak dah start nak bahan aku. dia tahu aku suka dia tapi itu kenangan lama.  kholis siap buat love sign tu. malu siaa🙈

lepastu, dia blah pergi naik atas. ke tempat diorang hisap rokok kot.

terkedu weh aku tengok muka dia masatu. macam ni reaksi aku bila first nampak muka dia, dalam hati aku cakap, asal kau nampak tua doh? 😂 ke sebab aku dah lama tak nampak kau?

yelah umur dia pun tak jauh beza pun dengan aku.

lepas dah bincang pasal projek video tu, kitorang nak pergi makan dekat atas. shikin pun dah siap susun atur semua barang-barang game event tu. time kitorang lalu dekat tangga sebelah diorang hisap rokok tu, aku nampak dia. and then aku pandang tempat lain takut dia perasan aku pandang dia. at the moment kitorang lalu tu, tetiba senyap sekejap. aku macam, apahal diorang senyap pulak en.

aku hiraukan je lepastu. bila dah habis makan semua, kitorang (far, aku dengan kak nad) excited gila weh nak masuk event tu. kitorang siap lari lagi kat office bawah. event tu kat level 3, office dengan kelas ada dekat situ. mostly event akan ada dekat atas.

bila dah masuk dalam, nampak lagi lah diorang tengah stapler kertas dekat board, tampal-tampal apa yang patut. aku nampak dah dari jauh si dia ada dekat dalam. dia pun perasan je kitorang bertiga masuk.

okey aku skip part lain.

event dah start. aku lawan far main congkak. aku berharap sangat aku menang last-last far menang😂😢 dia ada tau time aku tengah main tu. dia dengan santhiya, darshini main ting ting kejap. lepas aku dah habis main congkak, aku berdiri jap kat sebelah kerusi aku duduk tadi.

lepastu kholis pulak nak main. memula aku tak tahu dia nak main dengan siapa tapi bila aku tengok 'dia' lalu belakang aku and duduk dekat kerusi aku duduk tadi, aku macam ohhh okey. sepanjang dia main tu, aku ada usha-usha sikit. punyalah excited weh. aku dahlah pantang jugak tengok orang excited main permainan orang dulu ni en. dia main macam level worldwide kau tau. kholis pun sama je.

aku cuma nak cakap something. setiap kali aku nak try pandang dia, mata dia macam meliar tau. aku tak sure dia pandang siapa tapi time aku nak pandang dia, dia macam cepat catch up.

mata dia macam pandang mata aku tau. serammmmm.

lepas tu, bila aku syok tengok orang lain main tu, dia pun macam nak main tu. okey maybe kebetulan tapi itu apa yang aku rasalah. aku tak syak apa-apa eh. aku pun tak suka dia dah. dia suka orang lain, buat apa aku nak terhegah kan? ramai lagi lelaki kat luar sana. but, even ramai lagi, aku tak pandang pun. kalau setakat hensem, aku pandang, fangirling kejap and then aku dah lupa orang tu HAHA.

ada satu masa tu, time puan marina ajak kitorang main guli. aku pun mainlah en. guli aku pulak tercampak sampai kat sebelah dia lepastu dia tanyalah, guli siapa ni. aku nak cakap guli aku tapi suara aku tak keluar. kau tau suasana masatu tetiba sunyi😅 guli tu dia jentik lepastu kena kat sholehen. aku ambik guli aku kat dia and sambung main balik.

serius best waktu tu. aku nak je letak kamera kat bilik tu and rakam apa yang kitorang main dari awal sampai akhir.

tapi ceh. mampu ke? tak😂

itu jelah aku nak cerita. sampai disini sahaja. insha Allah aku akan menulis lagi