harini (19 ogos 2018) ada dua peristiwa berlaku; satu memalukan dan satu lagi membahayakan 😨
first, aku dengan kak nad nak pergi makan mcd sebab harini semua ofis tutup. kan hari ahad. lepas aku order semua, akak cashier tu bagitahu aku harga semua yang aku order. aku dah siap-siap duit dalam tangan sebab tadi aku main ambik je raba-raba dalam poket. and then, aku bagilah duit yang aku pegang tu dekat akak tu. kau tau AKU TERBAGI DUIT SERINGGIT KAT DIA😂😂😂😂 terkejut gila aku😂 aku terlupa nak tengok dulu duit apa aku pegang tadi SAKAI GILAA
akak tu siap dah pegang weh lepastu aku tarik balik😅 ramai jugaklah yang menyaksikan aksi sebabak tu😂 malu weh
second, aku punya laptop nak habis bateri tadi. aku guna laptop tu untuk selesaikan kerja project english tu kat surau. aku pasanglah bateri aku en and tekan suis on kat dinding surau tu. last-last, aku dengar bunyi 'ssst'. aku carilah mana datangnya sumber bunyi tu.
MANA KAU TAK TERKEJUT AKU. tetiba api keluar dari wayar dekat-dekat dengan kepala suis bateri aku tu. dahlah kak nad duduk dekat gila dengan plug tu. aku macam, "kak nad tepi sikit!" aku pun terus tekan off kat suis tu. baru api dia dah terpadam. aku ingat surau tu tadi bakal terbakar sebab aku😣 aku dah fikir tahap tu dah.
lepastu, kerja kitorang tak siap lagi tau. kitorang bertiga keluarlah dari surau tu and pergi kolej. sampai masuk dalam kelas sebelah je, aku nampak DIA kat kelas yang ada exam tu. aku macam, dia FTW ke en? rasanyalah. patutlah kawan dia seorang lagi tu masuk grafik😅
aku nampak dia, lepastu aku tengok dia macam nampak aku jugak tapi aku cepat-cepat toleh tempat lain.
persoalan aku terjawab weh. amiin. 😅
aku macam tak jangka lah dia ada harini kat kolej. aku ingat nak cuci mata tengok senior atau budak-budak lain. last-last dia jugak aku nampak HAHA😂
kitorang siap lalu lalang dekat depan dia sambil bawak laptop kehulur hilir😂 nak cari tempat sunyi punya pasal. aku pandang dia en lepastu rasa macam ada cahaya dekat belakang dia LOL😂
okey dahlah. kisah untuk harini. sekian kita jumpa lagi 👐

