Friday, 18 December 2015
aku masih tak boleh lupa pasal pagi tadi. aku mimpi dia. LAGI. well, seriously, mimpi tu memang.... REAL LAGI. tapi, aku memang nak jadi real tapi tak mungkin lah. serius, dia comel gila dalam mimpi aku >.< dia senyum nampak gigi OMGAID!!! haha. meh aku citer sikit ;
____________________________
citer ni dia berbelit belit sikit so maafkan daku. hehe. aku bukannya ingat sangat. yelah, dah malam ni. aku mimpi pagi tadi. lol. dahlah sambung balik pada citer. MIMPI . aku dengan dia jalan sampai dekat tempat mak aku jahit tapi, dekat dalam bilik tu, serius kosong. okey, aku mimpi dan tempatnya dekat rumah aku sendiri. looooorhh. pffft. lepas tu, aku macam nak luahkan perasaan aku pada dia. and, aku bagilah sekeping kertas ni. tapi, sebelum bagi dia, aku check dulu, "takde translation kan?" sebab kertas tu ditulis dalam bahasa perancis katako. haha! macam tak logik pon ade jugak. tapi, serius, surat tu bukan aku yang tulis. nanti aku bagitahu siapa. sebelum tu jugak, aku ade usha lah ayat ayat tu. yang aku ingat "hug" and "kisses". eiuuw. nampak kegelian disitu. okey. aku bagitahu jela siapa yang tulis surat tu. kawan dia. tapi, aku taktau siapa. tetibe muncul dalam mimpi aku. dia cakap, winpeach ni suka kena peluk and kiss. whatta?? aku pelik lah. dia suke kena peluk? biar betik ni? aku macam tak percaya so aku buat endah tak endah jela. bila aku tengok reaksi dia baca surat tu, muka dia berkerut and kening terangkat-angkat. aku dah start gelisah. aku dah pikir macam macam, "dia tak suka ke?" "dia memang bukan macam tu ke? macam apa yang tertulis dalam surat tu?" bila dia tanye aku, "apa bende ni?" , kawan dia yang jawabkan. aku dah tak berdaya lagi. cehh.
lepas kawan dia explain macam macam dekat dia "dia suka kau bla bla bla", dia macam lega and senyum. time dia senyum tu aku apa lagi. blush lah. and, dia baca balik kertas tu. aku nak rampaslah balik kertas tu tapi dia halang dengan tersenyum-senyumnya. kau tau tak apa aku rasa mase tu? aku rasa nak peluk dia and rampas surat tu dari tangan dia! serius aku rasa NAK PELUK DIA SEBAB DIA COMEL SANGAT!! hu! kawan dia pulak gelak dekat sebelah aku. lepas dia dah baca surat tu dua kali, dia letak surat tu and duduk dekat dengan aku. weh serius aku cakap. dekat gila beb! beza 2 cm je!! omg mana tak blushing aku time tu tapi mimpi aku blush ke? aku rasa muka aku panas adelah. (blush lah tukan? entahlaaa) duduk dekat dekat and senyum senyum dekat aku macam mintak something. aku pun malu malu lah jugak. eiuuu geli la pulak bila aku macam tu dalam mimpi. hehe. dalam beberapa minit, kitorang tak cakap sepatah pun. aku pun mulalah pandang dia dengan pandangan kita-ni-dah-official-ke? tu. dia macam paham and senyum lagi omg!! hahaha! biaselah in real life jarang bebenor nak nampak dia senyum kecuali dengan kawan kawan dia T^T #sadlife #naktengokdiasenyum
___________________________________
tamat mimpi! sebenarnya panjang lagi tapi, malas nak citer. sebab dia dah menghilang. pernah berapa kali entah aku tengok dia senyum. mase akak kedai buku tanye dia dengan adik pompuan dia "mana lagi sorang?" means kembar dia lah. yang abang tu. tetibe, panjang umur dia masuk kedai buku. serius aku rasa nak tersedak. mula mula, dia dengan adik pompuan dia masuk secara mengejut. aku dah rasa berdebar gile. and then, abang dia pulak? wow! kalau abang sulung diorang ade, memang dah cukup kuat untuk buat aku pengsan dekat atas paha Naimi XD aku dengan Nai je duduk atas meja, menghadap adik-beradik tu. sebelah diorang, Dini dengan Liyana. Tapi, Liyana duk khusyuk baca komik tak ingat dunia. Dini pulak, dia citer dekat aku, dia gabra gila time si kembar tu dekat sebelah dia haha!!
sambung, bila abg dia dah masuk tu. akak kedai buku cakap, "eh?? wahhh!! muka samalah!" aku dengan Nai tergelak tau. serius aku rasa nak gelak gila gila!! hahahahahahahaahahh!!!! XD merah padam muka aku! tapi, time tu aku takdelah nak gelak kuat kuat and aku cover sikit gelak. suara aku... aku rasa diorang dengar. tapikan, lepas akak kedai buku cakap macam tu, aku tengok adik-beradik tu gelak jugak. yang dia macam malu malu nak gelak. so comel! tapi, aku tengok abang dia, gelak memang gelak lah! dia bukannya pemalu sangat macam adik dia, tapi, adik dia ... susah aku nak cakap tapi aku rasa nak cubit pipi dia. aip!! bukan muhrim! kalau sah, dah lama aku cubit pipi dia dua-dua belah sampai merah haha!! siapa suruh comel sangat kan dah kena!
kalau lah masa boleh diundur.....aku nak luahkan jugak rasa ni masa hari jumaat sebelum cuti hari raya tu!! tapi, masa tak boleh diundur ._. redha jelah. selamat malam.

