Tuesday, 14 April 2015
Harini dikira mcm hari bertuah aku. Aku dpt jumpa dgn dia bila aku tak terfikir pun pasal dia. Adakah aku dpt jumpa dengannya macam ni selalu? Masa akan datang nanti ? Kalau boleh aku nak tengok dia, nak pandang dia, renung dia bila dia tak tengok aku. Aku harap................ aku dapat jumpa dia setiap hari, setiap saat!! Aku memang dah pernah rasa perasaan ni dulu. Tapi, dulu tak sama macam sekarang. Macam aku suka dia dgn excrush dulu. Excrush aku buat hati aku terluka dan buat hati aku byk bertampal. Luka tu sgt dalam. Aku tak mampu tahan air mata aku daripada mengalir. Aku.... sgt menyesal kerana masih sukakan excrush aku tu sampai form2. Dia tahu aku suka dia tapi dia..... huh..... malas nak cakap pasal wasya ni.
kalau boleh aku nak mention nama 'dia' dkat sini. tapi, takut dia baca pulak. mana tahu kan? aku sangat harap setiap hari dapat jumpa dia. aish! kenapa aku rasa nak nangis sekarang.... mungkin sebab aku taip sambil dgr lagu sedih T.T wahai si dia, aku cuba untuk luahkan perasaanku pada mu. tapi, aku takut dan tak berani untuk luahkannya. aku takut dgn penolakan. aku..... tak bersedia menerima kesakitan lagi. sebab tu aku pendam dan pendam sampai aku sendiri tak pasti, aku ni sakit sangat sebab pendam perasaan ni ke atau sebab lain? tapi, bila aku fikirkan balik, sememangnya hati aku sakit bila fikirkan perasaan ni. kalau boleh aku memang nk luahkan jugak! tapi, aku takut perasaan tu akan pudar. aku tahu kau tak ada perasaan pada aku. aku tahu.
tahun lepas, memang kenangan yang manis bagi aku, terima kasih kerana wujud dalam hidup aku sebagai buah hati aku :') aku hanya mampu tersenyum sendiri bila tengok tempat2 yang kita selalu bertembung. tempat yang kau selalu lalu, tempat yang kau selalu duduk, tempat yang kau selalu masuk. aku rasa nak menangis jugak bila fikir pasal tu. aku nak sangat kenangan tu jangan luput dalam ingatan aku sampai bila2 sebab bagi aku.... kau adalah orang yang paling aku sayang selain keluarga aku. aku sentiasa nak tahu kau buat apa. kau ... suka buat apa.
kekadang, bila aku datang latihan bola tampar, ada dua sebab aje aku datang petang tu. first, sebab nak main. second, sebab kau. aku nak tengok kau. aku nak tengok cara kau berjalan. aku suka tengok kau. kalau boleh, aku nak aje peluk kau dari belakang. aku harap sangat kau pandang aku macam aku pandang kau. ahhh aku tak boleh tahan air mata aku. kalau boleh aku nak luahkan segala-galanya dkat sini. aku nak sangatttt kau baca semua ni. semua kata-2 dkat atas ni.... lah perkara yang aku nak bagitahu kau.
aku harap kau dapat jaga diri walaupun kau tahu seni pertahanan diri. jaga pemakanan kau. jaga badan tu :')
kalau ada jodoh, aku harap kita dpat jumpa lagi. aku harap..................... sgt...

