I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Thursday 1 June 2017

salam pagi bagi sesiapa yang baca chapter kali ni.

sebenarnya, aku nak ceritakan kisah semalam. semalam hari kedua aku study dekat msu. kalau kita sambung belajar mana-mana, mesti ada dapat kawan kan? aku semalam jalan-jalan dengan dua orang kawan aku, aina dan anis. aina ni aku dah kenal dari zaman kitorang kecik-kecik dulu. mcm darjah 3 camtulah. pastuh dah lama kitorang tak berbual macam semalam. sama sekolah and kerap jugalah jumpa dia tepi koperasi dengan tempat-tempat lain dalam sekolah. kitorang jumpa pun senyum-senyum camtu je.

anis, aku baru kenal dia waktu orientasi hari isnin haritu. dalam minggu ni jugalah. aku nak luahkan pasal semalam, ada kaitan dengan dia. aku rasa dia tak selesa atau tak suka aku? aku rasa camtu. yelah, dalam dunia ni kan tak semua orang sukakan kita. aku rasa nak je bagitahu dia yang aku ni buat camtu supaya aku tak jadi pendiam dan sombong dengan orang lain macam yang aku buat waktu aku sekolah menengah dulu. dengan cikgu-cikgu pun aku tak bergaul sangat. lagipun, bila makin menginjak ke dewasa kan kita kena berani dan jadi lebih pasif berbanding waktu sekolah.

maaflah, anis. rasanya semalam kelakuan aku buat kau tak berapa selesa. aku minta maaf. aku cuma nak berkawan aje. aku tak berniat nak sakitkan hati atau buat orang rasa tak suka dengan aku. im really sorry and i mean it. malah, aku nak cari diri aku yang sebenar. kalau aku jadi pendiam dan hanya mampu memandang, aku takkan dapat tahu siapa diri aku.

aku memang seorang yang penakut nak berdepan dengan sesuatu situasi yang aku tak jangka dan sekali-sekala akan ada orang yang back-up aku. aku cuma nak...... tahu aku mampu atau tak untuk bela diri sendiri macam orang tu bela aku.