I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Tuesday, 3 January 2017

pasal sugus!!!!

first time aku jumpa dia waktu aku form five, dia form three. time ni, aku kene tolong uztazah uruskan spbt. bukan aku jelah. kawan-kawan aku pun ade. artikah pun ada. dia budak taska aku dulu.

waktu kitorang tengah ikat buku, susun buku nak bagi budak-budak, ada sekumpulan budak nasyid nak practice dalam spbt. aku pun ada usha-usha jugak. azhar pun ada tolong dorang. wau aku pun taktau dia pandai main alat-alat nasyid tu.

time rehat, kitorang pergi beli makanan. lepas beli makanan, kitorang biasanya rehat dekat spbt. dah biasa~ uztazah pon bagi. time aku masuk, aku perasan ada sorang budak duduk betul-betul berhadapan dengan pintu tapi jauh sikitla dari pintu masuk. dia sandar dekat meja uztazah. aku perasan dia tengok kitorang masuk spbt masetu. aku buat dek jelah.

bila nak makan pulak, aku belum bukak bungkusan makanan aku lagi tapi dia dah pandang-pandang. aku tak pasti dia pandang aku atau kawan-kawan aku. aku buat dek lagi.

tengah makan, means sepanjang aku tengah makan tu, dia pandang-pandang. kau tau, aku rasa macam nak cucuk je mata dia😂 yelah, pandang tu macam ada tak puas hati je. bila aku tengok betul-betul, dia pandang aku. bukan aku nak perasan tapi memang mata dia tepat-tepat pandang mata aku bila aku pandang dia. ha kau ayat cam keling dah😂😂

mase ni dia nampak.....hensem jugaklah. aku cakap cmni sebab tak nak curang. cehhh!

dia pandang lepastu ada senyum-senyum. dia ade jugaklah cakap-cakap dengan kawan-kawan dia. tapi, bila aku pandang dia, dia dah pandang aku. memang drama gile lah😂

haritu aku pakai baju sukan. so dia tak tahu aku form berapa. keesokannya, aku pakai baju sekolah. nampak nametag purple aku. purple tahun 2016 means aku form five. kalau kuning form four. kalau merah form three. kalau oren form two. kalau hijau form one. power tak aku? hehehe boleh ingat kaler ape and form berapa 😆😆 peralihan pulak warna biru pekat. so tahun ni purple, peralihan.

aku nak dia tengok kaler nametag aku. and baju sekolah aku warna pink. aku kan pustakawan. jeng jeng😉

hari esoknya tu, dorang ada lagi. practice untuk hari kecemerlangan. sepatutnya haritu, aku kena masuk kelas. lily dengan nai pon kena juga tapi disebabkan malas, kitorang tolong kawan-kawan kitorang yang lain dekat spbt.

memang takleh blah time rehat. mesti time rehat jugak😂😂 salah sorang kawan sugus ade menari raver tapi masa ni aku taktau dia buat ape. dia menari tu betul-betul depan aku dengan nai. lily dekat belakang. aku pon tengoklah dia menari.

aku tergelak tau! 😂😂 serius cara dia tu lawak gile!! hahahahah!! lepastu, secara tak sengaja nya, aku terpandang sugus. sugus pulak tengah duduk atas kerusi. kawan dia yang menari tu depan dia. aku pulak duduk bawah, belakang kawan dia yang menari tu.

aku terpandang dia, dia memang dah pandang aku. dia pon tengah gelak. macam..... weh serius aku rasa nak capture je waktu tu. malu weh aku!! dia pandang aku dari awal ke? lepas ter eye-contact dengan dia, terus aku kebelakang. menyorok dekat belakang almari buku. nasib jelah almari tu ada dekat situ. kalau takde, mana aku nak letak muka ni😂😂

sugus ni dia pengawas sekolah. aku suka suara dia sebab unik.

oh! ada time dia nak ambik buku untuk form four dekat spbt, aku kena jaga belakang (pintu untuk ambik buku). aku berdiri dan bersandar dekat koridor. tak naklah halang laluan budak-budak krk nak ambik buku.

time dia nak ambik pulak, aku malu-malu nak pandang dia. dia adalah pandang aku sekilas. time ni nai ade dengan aku. mase dia pulang buku (pintu depan) nai sibuk ambik gambar dia 😂😂😂 aku pon tak ingat aku mintak nai ambilkan gambar dia ke tak.

bila kelas krk dah ambil buku, kelas pk pulak. time kelas pk tu, kitorang main osom sape kalah kaki dia makin kedepan 😂😂 aku main dengan nai pulak lepas nai main dgn lily. memang kebudak-budakan betul kitorang ni😂😂 tengah main, sugus datang. lily pon pergi dekat dia.

sugus tanya macam mana kalau takde no. perolehan dkat buku. lily pon hentam jelah nombor ape ade.😂 ni cerita dia yg bagitahu sbb aku tengah kusyuk main dengan nai😂😂😂

lily panggil aku time tengh main tu. dia tanye aku "nombor ape lagi ek?" lily panggil nama aku tau! dahlah sugus dekat sebelah! 🙈 aku baru nak jawab, nai jawab dulu😂😂

nai cakap tarikh lahir lily. lepastu lily cakap "aku dah tulis aku punye". sugus dekat sebelah cakap, "gune saya punyelah kak." and aku tak ingat nombor ape  yang aku dengar 31 bla bla bla.😂

macam tulah ceritanya!! sebenarnya ada banyak cerita pasal sugus tapi aku malas nak menaip sekarang😂😂😂

bye!