I WANT YOU WHO MAKES EYE CONTACT WITH ME

When we
will meet again?












X
Thursday 4 August 2016

pernah aku terfikir, untuk cuba sekali menoreh tangan aku. tapi, sebelum aku buat aku terfikir dahulu. macam mana kalau aku mati? macam mana kalau apa yang aku buat ni menyebabkan orang sekeliling aku menangis?

aku cuba untuk bertahan. walaupun hati aku ni memang dah banyak kali orang lain sakiti, aku tetap teruskan senyuman palsu aku dengan mood ceria aku. kerana aku, ramai orang tersenyum. kerana aku, mereka rasa lengkap.

bagi aku ianya sangat perit. kadang-kadang tiap malam aku menangis.

aku mahu ada orang lain yang mampu membuatkan aku tersenyum dan menangis bersamanya. aku mahu orang itu wujud.

mungkin juga disebabkan aku ni terlalu cengeng atau lembap, sesetengah orang tidak suka pada aku. yelah, mana ada manusia yang disukai oleh semua orang kan?

sebab itu, aku lebih suka duduk dalam dunia sendiri. tak rasa sakit. buat aku bahagia. menulis, menyanyi dan menari. itulah dunia aku.

kadang-kadang, mereka tak tahu itulah dunia aku. kenapa? salahkah aku bina dunia sendiri?

sebab dunia luar sekarang sangat bahaya. sebab itulah.